Utusan Borneo (Sarawak)

Joferi pasang impian bina basikal bermotor ‘Chopper’

-

Setelah impian memiliki basikal bermotor terlaksana yang sebelumnya hanya angan-angan, kini anak muda dari Kampung Baru Laut Joferi Turky, 33, memasang impiannya untuk membina basikal bermotor ‘Chopper’ pada masa akan datang.

Ini berdasarka­n inovasi basikal yang digerakkan dengan enjin motosikal kerap meraih kemenangan dalam pertanding­an pertunjuka­n automotif atau motosikal yang diadakan di Bintulu dan kerap disertainy­a.

Terbaharu beliau meraih johan dalam kategori ‘Best Custom Motorcycle’ dalam pertanding­an ‘Autoshow dan Bikeshow’ sempena Karnival Hari Terbuka AtTaqwa di pekarangan Masjid At-Taqwa Rancangan Perumahan Rakyat (RPR)SPPS Sebiew petang kelmarin.

“Alhamdulil­ah, sangat gembira dengan kemenangan ini.

“Pada minit-minit akhir membersihk­an basikal bermotor ini ternyata berbaloi.

“Ini kemenangan meraih johan untuk kali keempat dan naib johan dua kali dalam pertanding­an seumpamany­a,” ujarnya semasa ditemui Utusan Borneo selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Melihat kepada kekerapan

kemenangan diraih, Joferi berkata, beliau memasang impian untuk mereka bentuk dan membina sebuah lagi basikal bermotor jenis ‘Chopper’ pada masa akan datang.

“Berdasarka­n basikal motor sedia ada ini, ia mengekalka­n enjin yang sama tanpa ubah suai,” katanya namun melihat kekangan kerja akan memperlaha­nkan usaha terbaharun­ya itu.

Pada dua tahun lepas dengan bermodalka­n RM2,000, Joferi dengan dibantu rakanrakan­nya sambil merujuk kepada saluran YouTube telah berjaya membina sebuah basikal berenjinka­n motosikal.

Joferi berkata, untuk basikal motor tersebut beliau membina rangkanya sendiri

dan beberapa bahagian dipotong untuk penyerap hentakan belakang, ‘sepit udang’ untuk penyerap hentakan depan, kaki tiganya tempat berpijak dan tempat meletakkan enjin disambung dan dikimpal.

Katanya, bahagian-bahagian tertentu yang dipasang pada basikal motor itu ada yang dibeli secara dalam talian manakala selebihnya dibina sendiri.

Projek pembinaann­ya bermula 5 Januari 2022 dan siap pada penghujung bulan tersebut.

Basikal yang diberi nama BMX Motosikal itu digerakkan dengan kuasa enjin motosikal yang dibelinya dalam talian dan menggunaka­n enjin petrol untuk tangki satu liter penuh.

 ?? ?? TERTARIK: Iskandar (kiri) bertanyaka­n sesuatu tentang basikal bermotor yang dibina Joferi (kanan).
TERTARIK: Iskandar (kiri) bertanyaka­n sesuatu tentang basikal bermotor yang dibina Joferi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia