Utusan Borneo (Sarawak)

KRT di Sibu disaran lebih aktif bagi meraih geran tahunan JPNIN

-

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bahagian ini disarankan supaya lebih aktif dalam penganjura­n program mereka bagi mendapatka­n geran tahunan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, beliau difahamkan bahawa geran setahun yang diperuntuk­kan adalah sebanyak RM6,000.

“Saya difahamkan bahawa KRT yang aktif akan layak menerima RM6,000 setahun manakala KRT kurang aktif tidak layak menerima geran tahunan ini,” katanya berucap menghadiri Pesta Angpau dan Pertanding­an Karaoke Cina Veteran anjuran KRT Nibong Sibu dan Persatuan Kebajikan Masyarakat Durin Sibu (PKMDS) di sebuah restoran di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah wakil Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Kaunselor Datuk Teo Boon Siew, wakil Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Stanley Chiew dan Pengerusi KRT Nibong Sibu merangkap Pengerusi PKMDS Yong Chong King.

Anyi berkata, KRT adalah satu badan di bawah naungan JPNIN yang dikehendak­i

menjalanka­n banyak aktiviti berkaitan dengan kemasyarak­atan untuk memupuk perpaduan berbilang kaum dan agama di negara ini.

JPNIN yang diketuai Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang katanya, amat bertepatan kerana Aaron adalah orang Sarawak dan Kanowit sendiri yang berperanan penting menjaga perpaduan di negara ini melalui KRT.

“Saya sendiri juga terlibat aktif dalam KRT.

“Saya pernah menjadi pengerusi KRT Nanga Ngungun Zon 1 dari 2017 hingga 2022 walaupun telah menjadi wakil rakyat,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa KRT ditubuhkan supaya ahli-ahlinya dapat

bergaul antara satu sama lain dan mengenali banyak bangsa.

Melalui KRT jelasnya, program menziarahi semasa perayaan juga dapat memulihara hubungan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum

“Program seperti ini selain mengeratka­n silaturahi­m memperliha­tkan keaktifan sesebuah KRT,” jelasnya.

Sementara itu, Anyi turut memberitah­u bahawa KRT Nanga Ngungun Zon 1 adalah antara KRT paling aktif di bahagian Sibu.

Justeru, beliau mahu KRTKRT yang sedia ada di negeri ini supaya sentiasa bergiat aktif bagi memberi impak besar kepada nilai perpaduan di kalangan masyarakat.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Anyi (lima kanan), Teo (tiga kanan), Chiew (dua kanan), Yong (empat kanan) serta yang lain menggaul yee sang pada Pesta Angpau dan Pertanding­an Karaoke Cina Veteran di Sibu, kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Anyi (lima kanan), Teo (tiga kanan), Chiew (dua kanan), Yong (empat kanan) serta yang lain menggaul yee sang pada Pesta Angpau dan Pertanding­an Karaoke Cina Veteran di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia