Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Jepa�� ����rar ������dmat bantu ra��yat seba����nya

-

BINTULU: Khidmat bantu kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak akan diusahakan sebaiknya yang sesuai berdasarka­n senario serta kehendak politik di Bintulu khasnya di Jepak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, beliau telah dipilih untuk berkhidmat di DUN Jepak meskipun masih baru dalam bidang politik dan banyak perkara perlu dipelajari.

Begitupun katanya, beliau juga banyak mendapatka­n nasihat untuk melengkapk­an diri dengan ilmu serta perlu ada kemahiran supaya dapat digarapkan dengan pengalaman dan disesuaika­n dengan kehendak senario politik di Bintulu khasnya di Jepak.

“Memang satu cabaran bagi saya setelah dipilih.

“Saya perlu bercakap macam mana saya dipilih, semuanya dengan izin Allah,” ujarnya bercakap pada Sesi Townhall Bersama Pemimpin sempena Karnival Hari Terbuka Masjid At-Taqwa 2024 di pekarangan Masjid At-Taqwa, Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) SPPS Sebiew, kelmarin.

Iskandar berkata, beliau akan cuba yang terbaik untuk membantu semua bukan sahaja di seberang Jepak malah termasuk seluruh kawasan Jepak.

Katanya, untuk Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) sebanyak RM5 juta yang diterima tahun ini

beliau akan cuba usahakan pengagihan­nya, sekali gus menyemak semula perbelanja­annya bermula 2015 hingga 2021 bagi keperluan rumah panjang dan kampung serta akan mendapatka­n maklumat daripada agensi kerajaan berkaitan.

“Saya cuba bagi sikitsikit, yang penting semua merasa.

“Ada untuk kampung seberang tetapi saya tidak uaruarkan, untuk Kuala Tatau, rumah panjang termasuk sekolah-sekolah di sini akan saya usahakan.

“Tetapi saya perlukan sokongan semua pihak untuk merealisas­ikannya, jangan bandingkan yang terdahulu, semua ini saya cuba

belajar dan buat yang terbaik yang mana perlu mengambil masa,” katanya.

Beliau memberi contoh dalam bidang pekerjaan misalnya, apabila ditawarkan kerja tidak semestinya kita terus tanya untuk mendapat keputusan serta-merta sebaliknya perlu faham undangunda­ng.

“Perlu tempoh setahun untuk mendapat hasilnya, tiga tahun pelaksanaa­nnya dan tahun keempat perlu disesuai dengan ilmu dalam senario yang kita hadapi,” katanya.

Ujarnya, beliau cuba memastikan perkhidmat­an, harapan dan amanah yang diberikan kepadanya di bawah kepimpinan Premier

Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat dirasai semua.

Jelasnya, sekiranya ada yang berhajat beliau kena usahakan tetapi tidak berjanji dan tidak mahu mengecewak­an semua pihak, cuma akan membantu mengikut kapasiti dengan mengambil contoh bantuan mewujudkan surau yang diminta oleh seorang mualaf di Samarakan yang akan diletakkan di bawah RTP tahun ini.

Beliau berkata, beliau tidak boleh memfokus kepada satu tempat sebaliknya di semua tempat yang mampu untuk dibantu.

Pada masa sama, beliau mengucapka­n tahniah kepada Masjid At-Taqwa dengan sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjaya menganjurk­an karnival itu yang membantu mewujudkan faktor pelindung kepada remaja di tempat ini serta mengisinya dengan aktivii positif yang diminati belia.

“Disebabkan terlalu banyak masa lapang maka elemen negatif akan masuk, tetapi yang penting sensitivit­i masyarakat terhadap jiran di sekeliling­nya sekiranya berlaku masalah rumah tangga, keadaan keluarga dan sikap ambil peduli hal sekolah anak-anak jiran setempat, sebab ini berdasarka­n pengalaman,” jelasnya.

Mengenai pemimpin terdahulu katanya, legasi Allahyarha­m Datuk Talib Zulpilip akan diteruskan dengan turut mewujudkan nilai tambah.

 ?? ?? DIALOG: Iskandar berdialog dengan belia dan masyarakat setempat yang hadir pada Sesi Townhall Karnival Hari Terbuka Masjid At-Taqwa 2024 di RPR Sebiew, kelmarin.
DIALOG: Iskandar berdialog dengan belia dan masyarakat setempat yang hadir pada Sesi Townhall Karnival Hari Terbuka Masjid At-Taqwa 2024 di RPR Sebiew, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia