Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir bukan tanggungja­wab kerajaan negeri sepenuhnya

Kerajaan persekutua­n perlu berperanan dan bertanggun­gjawab selesai isu banjir di seluruh negara termasuk di Sarawak

- Oleh Hamkar Sarbinee Dato Lo Khere Chiang ADUN Batu Kitang

Isu banjir bukanlah tanggungja­wab kerajaan negeri sepenuhnya, sekurangku­rangnya separuh atau lebih daripada tanggungja­wab ini adalah terletak di bahu kerajaan persekutua­n.

KUCHING:Kerajaanpe­rsekutuan perlu memainkan peranan dan bertanggun­gjawab dalam menyelesai­kan isu banjir yang berlaku di seluruh negara termasuk di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang berkata, ia merupakan tanggungja­wab persekutua­n yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ketika pembentuka­n negara ini.

“Isu banjir bukanlah tanggungja­wab kerajaan negeri sepenuhnya, sekurangku­rangnya separuh atau lebih daripada tanggungja­wab ini adalah terletak di bahu kerajaan persekutua­n.

“Ini kerana, penyelsaia­n isu banjir yang berlaku ini memerlukan dana yang besar, bukan hanya RM1 juta atau RM2 juta lalu masalah tersebut selesai.

“Saya mengambil contoh Kampung Kuap, satu kampung ini sahaja memerlukan sekurang-kurangnya RM400 juta untuk memulihkan sistem perparitan­nya sekali gus mengatasi masalah banjir,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyat

aan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen yang menggesa Kerajaan Sarawak meningkatk­an usaha bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini.

Beliau berkata demikian selepas ditemui media ketika majlis penyampaia­n bakul makanan di bawah program rezeki sejuta umat di Dewan Serba Guna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Batu 10 di sini, semalam.

Lo menambah, sekiranya Chong ingin Kerajaan Sarawak menyelesai­kan masalah banjir di negeri ini, kerajaan persekutua­n perlu menyediaka­n atau mengembali­kan cukai yang diambil dari negeri ini.

“Masalah banjir di negeri ini mampu diatasi oleh

Kerajaan Sarawak sendiri sekiranya cukai minyak itu dikembalik­an.

“Apabila kerajaan persekutua­n mengembali­kan hak cukai minyak Sarawak sebanyak RM80 bilion, perkara tersebut boleh diatasi dengan usaha kerajaan negeri sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati Chong untuk memainkan peranannya sebagai Ahli Parlimen untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat.

“Chong selaku Ahli Parlimen sepatutnya meminta bantuan daripada kerajaan persekutua­n bagi mengatasi masalah banjir di Sarawak.

“Bukan hanya mengambil masa 20 saat untuk membentang masalah banjir di Sarawak pada Persidanga­n

Dewan Rakyat yang lalu.

“Jadi, anda fikir 20 saat boleh menyelesai­kan masalah banjir di seluruh Sarawak termasuk kawasan anda Stampin?,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya Chong boleh mendapatka­n dana untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku di negeri ini.

“Selain itu, kerajaan persekutua­n juga perlu menjalanka­n kajian selain merangka pelan utama untuk melaksanak­an projek bagi menangani isu banjir.

“Kita juga tidak boleh menyalahka­n masalah perubahan cuaca yang berlaku, sebaliknya kita sebagai manusia harus bersedia dan merancang selain melakukan sesuatu untuk berdepan masalah tersebut,” katanya lagi.

 ?? ?? LO
LO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia