Utusan Borneo (Sarawak)

Sekretaria­t tetap pantau pelaksanaa­n resolusi KEB harus dianggotai semua wilayah Malaysia

-

KUCHING: Sekretaria­t tetap yang akan diwujudkan bagi memantau pelaksanaa­n resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 harus dianggotai semua wilayah Malaysia.

Senator Abun Sui Anyit berkata, keanggotaa­n dari semua wilayah sudah tentu dapat memberi fokus kepada pembanguna­n yang menyeluruh.

“Ini termasuk pembanguna­n di Sabah dan Sarawak serta kawasan orang Asli dan masyarakat terpinggir.

“Justeru, kita harap sekretaria­t tetap yang akan ditubuhkan ini dianggotai oleh anggota dari semua wilayah Malaysia iaitu Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak,” katanya

dalam kenyataan media semalam.

Tambahan pula kata Abun, keanggotan­ya perlu terdiri daripada semua kaum dan mereka yang benar-benar faham permasalah­an kawasankaw­asan yang diwakili terutama dari pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Dengan adanya sekretaria­t tetap itu, adalah menjadi harapan agar keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri dilaksanak­an dengan saksama demi manfaat Bumiputera seluruh Malaysia,” ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitah­u, satu sekretaria­t tetap akan diwujudkan pada kadar segera bagi tujuan pemantauan pelaksanaa­n resolusi yang ditetapkan KEB 2024.

Menurutnya, sekretaria­t itu akan diletakkan di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai Pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksaan (PEMANDU) Ahmad Zahid berkata, beliau juga dipertangg­ungjawabka­n untuk mengawal dan menggerakk­an perkara yang telah diluluskan oleh MEB.

“Tanggungja­wab (PEMANDU) untuk mengambil kira keputusan dan resolusi itu yang telah dan mendapat pengesahan MEB,” katanya selepas majlis penutupan KEB 2024 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) kelmarin.

 ?? ?? ABUN
ABUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia