Utusan Borneo (Sarawak)

300 individu termasuk persatuan terima sumbangan bakul makanan

-

Seramai 300 individu termasuk persatuan menerima sumbangan bakul makanan di Dewan Serba Guna Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua, Batu 10, di sini semalam.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, sumbangan terbabit antara salah satu usaha daripada pihak Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) membantu golongan yang memerlukan.

“PBSM sememangny­a memiliki sikap yang mengambil berat terhadap individu yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa mereka saban tahun.

“Oleh itu, sumbangan ini sesuai dilakukan pada musim banjir dan boleh dijadikan pengajaran tentang nilai kebajikan awam dan saling membantu orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang semasa sumbangan bakul makanan di bawah Projek Rezeki Sejuta Ummat di Dewan Serba Guna SJK

Chung Hua Batu 10, di sini semalam.

Dr Sim menambah, usaha memberi dan membantu golongan yang memerlukan ini sekali gus dapat dijadikan sebagai motivasi kepada pihak lain untuk terus membantu golongan terbabit.

“Walaupun kita berbeza agensi pekerjaan, namun

sekiranya kita melayan semua orang dengan adil dan baik, ia akan membina sifat hubungan yang kukuh dalam kalangan masyarakat.

“Justeru, terima kasih kepada PBSM dan sukarelawa­n persatuan itu yang sentiasa berdedikas­i untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Komuniti Red Recilience Bulan Sabit Merah Malaysia Dato Wan Nor Raihan Dato Wan Abdul Rahman, Pengarah Red Recilience Malaysia Cawangan Sarawak Chai King Sing, Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan Tan Kai dan tetamu yang lain.

 ?? — Roystein Emmor ?? TERIMA KASIH: Lo (tengah, belakang) semasa mewakili Dr Sim merakam kenangan bersama penerima sumbangan bakul makanan pada majlis berkenaan.
— Roystein Emmor TERIMA KASIH: Lo (tengah, belakang) semasa mewakili Dr Sim merakam kenangan bersama penerima sumbangan bakul makanan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia