Utusan Borneo (Sarawak)

100 bekas kakitangan SB RASCOM hadiri majlis pertemuan semula

-

SIBU: Kira-kira 100 bekas kakitangan Cawangan Khas (SB) RASCOM telah menghadiri majlis makan malam pertemuan semula di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak Datuk Abang Wahap Abang Julai, Ketua Cawangan Khas Sarawak SAC Mohammad Taufik Toh Abdullah, Timbalan Pengarah Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Sarawak Dato Clarence Sagong, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting dan pengerusi jawatankua­sa pengelola Tuai Rumah Monica Jugah.

Difahamkan, majlis ini turut dihadiri bekas-bekas SB RASCOM dari seluruh negeri ini.

Monica dalam ucapan aluannya berkata, majlis yang julung kalinya diadakan ini diharapkan dapat mengeratka­n persahabat­an antara mereka yang pernah bertugas di pejabat SB RASCOM ketika zaman komunis sekitar 1970-an.

“Kami telah menghadapi cabaran dan halangan tetapi kami tidak pernah melupakan matlamat dan itu adalah sesuatu yang boleh dibanggaka­n.

“Kita semua harus mengambil sedikit masa untuk menepuk diri kita di belakang untuk semua yang telah kita capai,” katanya.

Beliau juga mengajak bekas-bekas rakan sekerja untuk menggunaka­n majlis perjumpaan itu sebagai peluang untuk memberi inspirasi kepada satu sama lain untuk terus berkembang dan mencapai kejayaan.

“Marilah kita berkongsi kisah kita, kejayaan kita dan perjalanan hidup kita yang menggembir­akan,” tambahnya.

Beliau juga berharap agar majlis itu dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang bagi menjaga jalinan persahabat­an bekas rakan-rakan sekerja.

Sementara itu, Abang Wahap yang juga bekas SB RASCOM turut berkongsi serta mengimbau pengalaman­nya semasa bertugas di Sibu, Kapit dan Song.

 ?? ?? JULUNG KALI: Abang Wahap (duduk, empat kiri), Monica (berdiri tengah, barisan belakang) bersama yang lain pada majlis makan malam pertemuan semula bekas kakitangan SB RASCOM di Sibu, kelmarin.
JULUNG KALI: Abang Wahap (duduk, empat kiri), Monica (berdiri tengah, barisan belakang) bersama yang lain pada majlis makan malam pertemuan semula bekas kakitangan SB RASCOM di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia