Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut kereta terjunam ke dalam laut

Kemalangan libatkan pemandu lelaki berumur 26 tahun dan warga emas 66 tahun

- Oleh Siti Aisyah Narudin

Saksi juga memberitah­u yang dia sendiri mengiring mangsa ke kenderaan dan lelaki warga emas itu duduk di bahagian penumpang di belakang.

LAHAD DATU: Akibat memandu secara melulu, dua lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terjunam ke dalam laut dekat kolam ikan di Kampung Payang dekat sini kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superinten­den Jimmy Panyau berkata, kemalangan terbabit melibatkan seorang pemandu lelaki berumur 26 tahun dan seorang lelaki warga emas berumur 66 tahun dipercayai bapa mentua kepada pemandu berkenaan.

Katanya, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai bertengkar dan saksi kejadian yang berada di lokasi sama turut menenangka­n mangsa daripada bertengkar.

Menurutnya, saksi terbabit turut menyuruh pemandu berkenaan menghantar bapa mentuanya pulang ke rumah dan balik semula untuk mengambil ahli keluarga lain yang turut sama berada di lokasi itu.

“Saksi juga memberitah­u yang dia sendiri mengiring mangsa ke kenderaan dan lelaki warga emas itu duduk di bahagian penumpang di belakang.

“Tiba-tiba kenderaan itu dipandu secara meluru oleh mangsa sebelum terjunam ke dalam laut.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadi

Superinten­den Jimmy Panyau Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu

an dan berjaya dikeluarka­n dengan bantuan pihak bomba Lahad Datu bersama orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati punca kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga menyebabka­n kenderaan terjunam ke dalam laut.

Bagaimanap­un jelasnya, sampel darah kedua-dua mangsa diambil untuk dianalisis oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di Kota Kinabalu.

“Siasatan kes diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987. Mana-mana individu yang melihat kejadian ini,

boleh menghubung­i Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 sambungan 414 untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati para pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada.

Katanya, para pengguna perlu mengamalka­n sikap sabar dan berhati-hati ketika memandu serta mementingk­an

keselamata­n para pengguna yang lain.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu menjalanka­n operasi penyelamat­an dengan bantuan bot dan penyelam dari syarikat Synergy Multi Resources Sdn Bhd.

Katanya, selaman pertama

berjaya menarik seorang mangsa keluar dari kereta dan dibawa naik pada jam 12.06 tengah malam dan tindakan seterusnya mengikat tali pada kereta mangsa untuk ditarik menggunaka­n sistem takal ke kawasan yang lebih cetek bagi mencari mangsa yang kedua.

Menurutnya, selaman kedua oleh pasukan bomba berjaya menemukan mangsa kedua pada jam 1.31 pagi semalam.

 ?? ?? MAUT: Anggota bomba berjaya mengeluark­an mangsa dari kenderaan yang terjunam ke laut dalam kejadian berhampira­n kolam ikan di Kampung Payang Lahad Datu.
MAUT: Anggota bomba berjaya mengeluark­an mangsa dari kenderaan yang terjunam ke laut dalam kejadian berhampira­n kolam ikan di Kampung Payang Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia