Utusan Borneo (Sarawak)

Periksa pendawaian elektrik rumah elak kebakaran

I��i pe��ti��g apabila sesebuah rumah telah diduduki sejak 15 hi��gga 20 tahu�� u��tuk cegah litar pi��tas: Lau

- Oleh Florence Nervyn Pengerusi Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Sibu

SIBU: Pemeriksaa­n pendawaian elektrik rumah penting bagi mengelakka­n berlakunya kebakaran disebabkan litar pintas.

Temenggung Dato Vincent Lau berkata, ini penting apabila sesebuah rumah telah diduduki sejak 15 hingga 20 tahun.

“Saya difahamkan kebakaran ini adalah disebabkan masalah pendawaian elektrik.

“Oleh itu, saya berharap penduduk yang tinggal di sini (Kampung Bahagia Jaya Teku) sudah 20 tahun, adalah lebih baik memeriksa pendawaian elektrik rumah.

“Perkara ini penting kerana masalah pendawaian boleh menyebabka­n kebakaran,” jelasnya ketika ditemui penberita semalam.

Terdahulu, Lau yang juga pengerusi Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Sibu mengetuai persatuan berkenaan menyampaik­an sumbangan bantuan wang tunai kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia Jaya Teku.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga harus melihat bagaimana untuk menyediaka­n persekitar­an hidup yang lebih baik untuk rakyat, selain menyediaka­n tanah untuk membina rumah.

“Kawasan ini (Kampung Bahagia Jaya Teku) merupakan kawasan petempatan semula.

“Dalam tempoh satu tahun, dua hingga tiga kali berlakunya banjir.

Saya difahamka�� kebakara�� i��i adalah disebabka�� masalah pe��dawaia�� elektrik.

Temenggung Dato Vincent Lau

“Saya berharap pihak berkuasa akan melihat bagaimana untuk menyelesai­kan masalah,” ujarnya.

Mengulas tentang sumbangan wang tersebut Lau memberitah­u, Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Sibu menyalurka­nnya untuk membantu mangsa membeli barangan makanan.

“Saya harap organisasi lain juga akan turut sama membantu meringanka­n beban mangsa kebakaran ini,” katanya.

Kebakaran yang berlaku pada jam 2.30 petang Jumaat lalu memusnahka­n empat rumah kayu dan menyebabka­n 31 penghuni kehilangan tempat tinggal.

 ?? ?? PRIHATIN: Lau (tujuh kiri) menyampaik­an sumbangan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Bahagia Jaya Teku, semalam.
PRIHATIN: Lau (tujuh kiri) menyampaik­an sumbangan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Bahagia Jaya Teku, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia