Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba sedia hadapi kebakara�� terbuka di utara ��egeri

-

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n kejadian kebakaran terbuka terutama di kawasan tanah gambut di Miri susulan fenomena cuaca panas yang sedang melanda bahagian utara negeri ini.

Pengarah JBPM Sarawak Datu Khirudin Drahman berkata, arahan telah dikeluarka­n bagi mempastika­n segala aset kebombaan diselengga­ra dengan baik bagi bersedia menghadapi cuaca ekstrem.

“Arahan juga telah dikeluarka­n bagi memastikan semua telaga tiub yang berada di kawasan tanah besar atau tanah gambut di Miri dan Mukah diaktifkan.

“Kita mahu pastikan kelembapan bagi kawasankaw­asan permukaan yang boleh menyebabka­n kebakaran gambut ini dilaksanak­an dengan cukup baik,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke program Latihan Pemantapan Pasukan Organisasi Keselamata­n Kebakaran (OKK) JBPM Zon 6 Miri di Curtin University Malaysia di sini, semalam.

Mengenai program tersebut Khirudin menjelaska­n, dengan adanya pasukan tindak balas kecemasan (ERT) di kilang-kilang dan bangunan membolehka­n kesiapsiag­aan dalam mencegah berlakunya kejadian kecemasan.

“Program dijalankan selama dua hari ini berjalan dengan sangat baik dan program ini sudah cukup lama diadakan di Miri dan mendapat sambutan yang begitu mengalakka­n daripada semua pasukan ERT.

“Alhamdulil­lah dengan adanya pasukan ERT ini di mana mereka mendapat latihan yang mencukupi dan terlatih, kita jarang mendengar berlakunya kejadian kecelakaan yang besar.

“Dalam program latihan ini, mereka bukan semata-semata untuk melawan pasukan lain tetapi elemen-elemen yang diterapkan lebih kepada mereka menguji diri mereka sendiri dengan catatan masa yang diperolehi,” ujarnya.

Hadir sama Ketua JBPM Zon 6 Miri Ismaidi Ismail dan Ketua Keselamata­n Curtin University Malaysia Anuar Edrews.

 ?? ?? SIAP SEDIA: Khirudin (tiga kiri) melepaskan salah satu pasukan dalam pertanding­an tersebut semalam.
SIAP SEDIA: Khirudin (tiga kiri) melepaskan salah satu pasukan dalam pertanding­an tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia