Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid At-Taqwa Bintulu mahu tarik lebih ramai jemaah solat fardu

-

Pengurusan Masjid At-Taqwa Bintulu berusaha menarik lebih ramai jemaahnya bersolat dan beribadah di masjid tersebut khususnya solat fardu lima waktu dengan pendekatan menganjurk­an hari terbuka serta menyediaka­n fasiliti sukan dan tempat permainan.

Pengerusin­ya Abang Arshad Abang Anuar berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2022 yang ditetapkan adalah untuk menambah jumlah jemaah di masjid dengan cogan kata ‘Jom Solat Berjemaah Lima Waktu Seperti Solat Jumaat’.

Katanya, itu strategi pihaknya dalam konsep hari terbuka ini dan ‘Geng Subuh Seperti Jumaat’ dalam penglibata­n yang memperkasa­kan belia.

“Dalam menarik masyarakat Islam ke masjid, kita cuba menarik anak-anak kecil ke masjid melalui fasiliti permainan.

“Apabila anak-anak kecil ke masjid untuk bermain di fasiliti kita, mahu tidak mahu ibu bapa akan datang sama ke masjid.

“Belia pula disediakan peluang dan ruang untuk mereka berkumpul di sini.

“Ada banyak fasiliti lain untuk mereka bersukan sama ada main bola mahupun pingpong,” katanya semasa ditemui pemberita pada Karnival Hari Terbuka AtTaqwa 2024 di pekarangan Masjid At-Taqwa di sini pada Khamis.

Beliau berharap dengan adanya kemudahan tersebut dan konsep seumpamany­a yang diusahakan akan menambah jumlah jemaah masjid dan memperkasa belia di kawasan ini akan tercapai.

“Ini program awal yang kita buat dan seterusnya banyak program lain yang menjurus kepada pencapaian KPI ini pada tahun ini akan dilaksanak­an,” katanya.

Tambahnya, antara program lainnya adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai

program yang ditunggutu­nggu masyarakat setempat dan dijangka mampu menarik lebih 1,000 pengunjung dan seterusnya ibadah korban dan lain-lain dari semasa ke semasa.

Katanya, untuk bulan Ramadan pihaknya mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari melibatkan antara 100 hingga 200 peserta.

Ujarnya, program lain

sedang dirancang dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Selain itu katanya, pihaknya turut menyediaka­n kemudahan madrasah untuk anak-anak muda bagi pengajian dan hafazan al-Quran yang mempunyai dua fungsi iaitu institusi formal untuk pelajar tetap dan kelas-kelas mingguan dan harian untuk bukan pelajar tetap.

 ?? ?? MENARIK JEMAAH: Abang Arshad semasa ditemui pemberita baru-baru ini.
MENARIK JEMAAH: Abang Arshad semasa ditemui pemberita baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia