Utusan Borneo (Sarawak)

Pelari Ethiopia, Kenya kuasai Miri Marathon

-

MIRI: Pelari Ethiopia Bililign Yimer muncul juara Miri Marathon 2024 bagi kategori lelaki terbuka 42km, dengan catatan masa 2 jam 35 minit dan 37 saat, sekali gus membawa pulang hadiah piala kejuaraan dan wang tunai RM7,000.

Pelari Kenya David Kibet di tempat kedua dengan catatan masa 2 jam 42 minit dan 2 saat, membawa pulang hadiah piala dan wang tunai RM5,000 manakala tempat ketiga jatuh kepada pelari tempatan Mohamad Muhaizar dengan catatan masa 2 jam, 50 minit dan 13 saat, sekali gus membawa pulang piala dan wang tunai RM3,000.

Manakala bagi kategori perempuan terbuka 42km pula, pelari Kenya Florence Kemunto Nyaingiri muncul juara dengan catatan masa 2 jam 52 minit dan 29 saat manakala pelari Ethiopia Tsega Desta di tempat kedua dengan catatan masa 3 jam 14 minit dan 21 saat.

Masing-masing pemenang membawa pulang piala dan hadiah wang tunai RM7,000 (juara) dan RM5,000 (naib juara).

Tempat ketiga jatuh kepada pelari tempatan Sally Ann Yap Yu Ing, dengan catatan masa 3 jam 36 minit dan 10 saat, di mana beliau membawa pulang RM3,000 serta piala.

Sementara bagi kategori lelaki veteran untuk maraton penuh 42km ini, juara dirangkul pelari Kenya Samson Karega Kamau manakala naib juara dimenangi Dennis Isika, juga dari Kenya.

Tempat ketiga dimenangi Fabian Osmond Daimon dari Malaysia.

Manakala pelari Malaysia merangkul bersih tiga

tempat teratas kategori perempuan veteran maraton penuh 42km, dengan Tho Siaw Khim di tempat pertama manakala naib juara ialah Tiffany Lee Siok Chin dan ketiga ialah Ewe Bee Hong.

Masing-masing juara kategori ini, lelaki dan perempuan, membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai RM3,000 (juara), RM2,000 (kedua) dan RM1,000 (ketiga).

Bagi kategori lelaki kebangsaan (peserta Malaysia sahaja) maraton penuh 42km, juara dimenangi oleh

Mohamad Muhaizar; diikuti naib juara, Syahrullah Safri dan ketiga ialah Andy Yeo Jia Wei.

Kategori perempuan kebangsaan untuk maraton penuh 42km pula dimenangi oleh Tho Siaw Khim (juara), diikuti Tiffany Lee Siok Chin (naib juara) dan ketiga ialah Sally Ann Yap Yu Ing.

Masing-masing juara kategori ini bagi lelaki dan perempuan, membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai RM3,000 (juara), RM2,000 (kedua) dan RM1,000 (ketiga).

Kesemua hadiah pemenang

disampaika­n oleh Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

Terdahulu, tepat jam 12.40 tengah malam, beliau telah melepaskan semua peserta bagi semua kategori maraton penuh 42km.

Selain maraton penuh 42km, turut dipertandi­ngkan ialah separa maraton, 21km, 10km Speed Run dan 5km Fun Run.

Seramai 6,274 peserta telah mengambil bahagian dalam maraton tahun ini, iaitu tahun keempat sekali gus memecahkan rekod penganjura­n terdahulu.

 ?? ?? PANTAS: Lee dan tetamu kehormat yang lain bersama 10 pemenang teratas Perempuan Terbuka 42km.
PANTAS: Lee dan tetamu kehormat yang lain bersama 10 pemenang teratas Perempuan Terbuka 42km.
 ?? ?? TERBAIK: Lee (tengah) dan tetamu jemputan lain bersama 10 pemenang teratas Lelaki Terbuka 42km.
TERBAIK: Lee (tengah) dan tetamu jemputan lain bersama 10 pemenang teratas Lelaki Terbuka 42km.
 ?? ?? BERJAYA: Lee bersama lima pemenang teratas Kategori Perempuan Kebangsaan 42km.
BERJAYA: Lee bersama lima pemenang teratas Kategori Perempuan Kebangsaan 42km.
 ?? ?? TAHNIAH: Lee bersama lima pemenang teratas Kategori Lelaki Kebangsaan 42km.
TAHNIAH: Lee bersama lima pemenang teratas Kategori Lelaki Kebangsaan 42km.
 ?? ?? MENANG: Lee bersama 10 pemenang teratas Kategori Perempuan Veteran 42km.
MENANG: Lee bersama 10 pemenang teratas Kategori Perempuan Veteran 42km.
 ?? ?? JUARA: Lee bersama 10 pemenang teratas Kategori Lelaki Veteran 42km.
JUARA: Lee bersama 10 pemenang teratas Kategori Lelaki Veteran 42km.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia