Utusan Borneo (Sarawak)

Penggunaan inovasi digital diperkukuh lindungi, pulihara fauna dan flora, tegas Nik Nazmi

-

Kepentinga­n inovasi digital dan inisiatif untuk menggalakk­an penggunaan­nya akan terus diperkukuh dalam melindungi serta memulihara fauna dan flora liar yang merupakan khazanah negara yang amat berharga.

Dalam perutusan sempena Hari Hidupan Liar Sedunia semalam, Menteri Sumber

Asli dan Kelestaria­n Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tema sambutan tahun ini ialah ‘Connecting People and Planet: Exploring Digital Innovation in Wildlife Conservati­on’.

“Tema ini dipilih bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang kepentinga­n inovasi digital dalam usaha mengukuhka­n konservasi fauna dan flora liar termasuk aspek penyelidik­an, komunikasi, pengesanan dan analisis asid deoksiribo­nukleik (DNA) secara lebih mudah, cepat dan berkesan,” katanya.

Nik Nazmi berkata dalam aspek hidupan liar, Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara

Semenanjun­g Malaysia (PERHILITAN) telah mengambil inisiatif untuk meneroka penggunaan teknologi antaranya melalui penggunaan perangkap kamera yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) bagi memantau spesies hidupan liar.

Selain itu, penggunaan pesawat tanpa pemandu (UAV) seperti dron untuk memantau kehadiran dan pergerakan hidupan liar dan penggunaan satelit bagi pembanguna­n sistem amaran awal.

Nik Nazmi berkata selain memastikan kelangsung­an hidup Harimau Malaya di habitat semula jadi (in-situ), konservasi ex-situ adalah kritikal kerana populasi haiwan itu di habitat semula jadi adalah sangat rendah.

Beliau berkata PERHILITAN telah memperkasa­kan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan dengan perolehan peralatan makmal berteknolo­gi tinggi untuk meningkatk­an kapasiti forensik, konservasi ex-situ, biobanking, Sistem Pengurusan Maklumat Makmal (LIMS) dan pengawasan penyakit zoonotik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia