Utusan Borneo (Sarawak)

Bertam Resort & Water Park tawar juadah berbuka puasa

-

Bertam Resort & Water Park, sebuah taman tema air dan resort lima bintang bertemakan Maghribi di Bertam, di sini menawarkan 150 pilihan hidangan tradisiona­l Melayu asli dan cita rasa Maghribi sebagai juadah berbuka puasa sempana bufet Ramadan, pada tahun ini.

Malah dengan tema Maharajan Al-At Am, bufet Ramadan kali ini bukan sahaja menyediaka­n hidangan istimewa Maghribi, malah pelbagai menu antarabang­sa untuk pilihan pelanggan tanpa mengira usia menjamu selera.

Pengarah Urusan Maritime Waterfront Suites Sdn Bhd Datuk Mohammed Iqbal S Habeeb Noohu berkata hotel itu, turut membawakan gabungan masakan tradisiona­l dan Maghribi di 25 gerai secara aksi langsung, masing-masing disusun rapi dengan reka bentuk inspirasi Maghribi.

Beliau berkata orang ramai yang datang menikmati bufet Ramadan di situ bukan sahaja boleh memilih pelbagai menu makanan yang disediakan, malah mereka juga dapat melihat sendiri cef di situ menyediaka­n masakan di 25 gerai tersebut.

“Daripada kelazatan aromatik Selera Mak Tok kepada kenikmatan rangup Kudapan Krupp Krapp dan dari kehangatan Sup Lahar Kepar hingga ke cita rasa Warisan Zaman Berzaman yang tidak lekang oleh masa, setiap gerai menawarkan perjalanan kulinari unik yang mempamerka­n warisan masakan kami yang terbaik.

“Diserlahka­n lagi dengan kegemaran tetamu kami dengan hidangan Maghribi yang menggoda, kami menampilka­n hidangan seperti laham (kharouf), mhamar Maghribi b 25 baharat wa harissa iaitu Kambing perap dengan 25 rempah tradisiona­l Maghribi dan Harissa, nasi talam ayam mandy, kambing kuning goley, om ali dan kunafa pisang,” katanya di sini malam kelmarin.

Beliau ditemui selepas sesi memperkena­lkan juadah berbuka puasa di hotel itu dan turut hadir duta Bertam Resort & Water Park iaitu selebriti tersohor Datuk Aznil Nawawi, yang lebih dikenali sebagai Pak Nil.

Mohammed Iqbal berkata pelbagai menu pencuci mulut turut disediakan antaranya serawa durian pulau dengan roti benggali, puding mentega roti kurma dengan sirap toffee oren dan panacota kelapa dengan kurma dengan fondue coklat bagi memberikan pengalaman rasa baharu kepada mereka menikmatin­ya.

Beliau berkata selain hidangan yang lazat, pihaknya menyediaka­n ruang solat khusus bersama imam untuk pengunjung menunaikan solat Maghrib, terawih dan Isyak, malah mereka juga dialukan untuk menyertai sesi tazkirah yang diadakan setiap Jumaat dan Sabtu, menyuburka­n jiwa dengan inspirasi.

“Semua menu kita telah dipilih antara yang terbaik, dengan pelbagai variasi hidangan termasuk masakan terkenal Cina dan India, yang paling penting hotel dan bufet

Ramadan kita mempunyai sijil halal, jadi pengunjung boleh menikmatin­ya tanpa waswas.

“Malah ruang solat khusus turut disediakan mampu menampung sehingga 300 orang pada satu-satu masa dan bufet Ramadan kita bukan hanya menawarkan juadah semata-mata, sebaliknya turut menyediaka­n pelbagai aktiviti keagamaan termasuk dari anak-anak tahfiz,” katanya.

Mohammed Iqbal berkata selain itu, tetamu boleh menikmati alunan melodi secara langsung oleh kumpulan P.Ramlee and Friends yang mempersemb­ahkan himpunan lagu Allahyarha­m Tan Sri P.Ramlee sepanjang bulan Ramadan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CITARASA MAGHRIBI: Bertam Resort and Water Park, sebuah taman tema air dan resort lima bintang bertemakan Maghribi di Bertam menawarkan 150 pilihan hidangan tradisiona­l Melayu asli dan citarasa Maghribi sebagai juadah berbuka puasa sempena Ramadan yang bakal tiba.
— Gambar Bernama CITARASA MAGHRIBI: Bertam Resort and Water Park, sebuah taman tema air dan resort lima bintang bertemakan Maghribi di Bertam menawarkan 150 pilihan hidangan tradisiona­l Melayu asli dan citarasa Maghribi sebagai juadah berbuka puasa sempena Ramadan yang bakal tiba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia