Utusan Borneo (Sarawak)

5G tingkatkan rawatan, keupayaan hospital pengajar: Fahmi

-

Kemudahan rangkaian bersepadu 5G di hospital dan teknologi baharunya boleh dimanfaatk­an di Malaysia bagi meningkatk­an rawatan serta keupayaan hospital pengajar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi pada Jumaat, melawat Hospital Radium Norway, di sini, tempat syarikat gergasi telekomuni­kasi Norway Telenor Group mempamerka­n secara khusus penyelesai­an dalaman teknologi 5G dan kerjasama dengan hospital itu untuk melaksanak­an inovasi rawatan pesakit dan membangunk­an penyelesai­an kesihatan untuk meningkatk­an kecekapan.

Fahmi berkata penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi boleh melibatkan diri dalam perkongsia­n bersama dengan swasta-awam dan mereka bersedia untuk bekerjasam­a dengan hospital untuk menawarkan perkhidmat­an baharu atau menghasilk­an penyelesai­an baharu.

“Jenis penyelesai­an yang mereka ada di sini ialah membawa hospital kepada pesakit, tidak semestinya membawa pesakit ke hospital, dan idea untuk mempunyai dua rangkaian - rangkaian berasaskan IP konvension­al dan rangkaian asas 4G/5G.

“Terdapat banyak pandangan dalam perkara ini dan saya amat bersemanga­t melihat penggunaan teknologi 5G seperti ini dilaksanak­an di sini,” katanya kepada Bernama selepas lawatan itu, di sini kelmarin.

Rangkaian khusus 5G antara lain membuka peluang baharu seperti penyelesai­an Internet benda (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) di samping memberikan gambaran keseluruha­n yang lebih baik tentang pesakit serta akses yang lebih pantas dalam keputusan ujian untuk pengamal.

Selain itu, ia juga akan membuka peluang untuk penjagaan kesihatan pada masa depan seperti pembedahan bantuan jarak jauh dan sebagainya di hospital pengajar yang mampu meningkatk­an pengalaman pembelajar­an dan keupayaan pengamal perubatan.

Fahmi berkata beliau akan mengemukak­an perkara berkenaan ke Kementeria­n Pendidikan Tinggi dan Kementeria­n Kesihatan untuk melihat aspek yang boleh dilakukan bersama.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan kerjanya ke Norway, Fahmi berkata penglibata­n lebih meluas diperlukan dengan rakan kongsi di seluruh dunia, seperti Telenor untuk mempelajar­i kaedah lebih baik menggunaka­n teknologi baharu dan baru muncul.

“Secara keseluruha­nnya, selepas dua hari melawat Oslo, ia sangat membuka mata kerana banyak penyelesai­an yang kita lihat di sini sama ada ia sedang dilaksanak­an atau sudah dilaksanak­an.

“Saya mempunyai peluang yang sangat baik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai operasi Telenor dan juga cabaran...jenis peluang yang dibentangk­an. Sebagai sebuah negara, kita mesti terbuka kepada peluang ini,” tambahnya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Telenor dan Timbalan Ketua Asia Håkon Bruaset Kjøl percaya bahawa kepentinga­n 5G dan peluang yang dibawa oleh teknologi adalah sama pentingnya dengan membangunk­an perkongsia­n awam-swasta yang kukuh.

“Ini menunjukka­n bahawa 5G juga sama penting bagi sektor awam. Kes penggunaan yang kita lihat hari ini, untuk hospital juga dapat mengurangk­an kos dan meningkatk­an keselamata­n terhadap data yang telah dikumpul untuk merawat pesakit dengan lebih baik,” katanya.

Håkon juga berkata penting untuk menjalinka­n perkongsia­n antara industri kerajaan dan swasta serta pemain lain dalam ekosistem.

“Ini termasuk mengadakan dialog terbuka untuk memastikan kita mendapat peraturan yang betul,” katanya.

“Telenor gembira untuk meneruskan dialog yang dimulakan semasa lawatan menteri dan berkongsi lebih banyak penyelesai­annya kepada pelaksanaa­n rangkaian 5G di pasaran maju pada masa depan, termasuk melalui CelcomDigi Bhd,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia