Utusan Borneo (Sarawak)

Israel serang hospital di Rafah, 11 maut

‘Serangan tepat’ rejim ragut nyawa orang awam, puluhan lagi cedera

-

SEMENANJUN­G GAZA: Kementeria­n kesihatan Gaza berkata, serangan udara rejim Israel menyasari khemah-khemah yang menempatka­n mangsa genosid berhampira­n sebuah hospital di bandar selatan Rafah kelmarin, menyebabka­n 11 maut dan puluhan cedera. Rejim mengakui telah melancarka­n ‘serangan tepat’ di kawasan hospital tersebut yang menyasari pejuang Jihad Islam.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesu­s berkata dalam hantaran di pelantar media sosial X bahawa serangan udara itu melampau dan tidak terkata.

Seorang anggota perubatan antara yang terbunuh dan ramai kanak-kanak cedera dalam letupan berhampira­n Hospital Materniti Emiriah, menurut jurucakap kementeria­n Ashraf al-Qudra.

“Sebelas orang awam mati syahid dan kira-kira 50 cedera

termasuk kanak-kanak akibat tindakan tentera Israel menyasari khemah penduduk yang melarikan diri berhampira­n hospital Emiriah itu,”

kata Qudra.

Rakaman yang dipaparkan dalam media sosial menunjukka­n mangsa berlumuran darah bergelimpa­ngan di

jalan raya dengan dikerumuni orang ramai, manakala kaum lelaki mengendong mangsa yang cedera untuk menerima rawatan.

Seorang wartawan AFP melihat mangsa yang cedera diusung ke Hospital Kuwait, juga di Rafah.

“Kemusnahan di manamana dan ramai terbunuh.

“Tiba-tiba kaca pecah dan kebakaran tercetus.

“Semua orang melarikan diri, ada yang terbunuh dan yang lain cedera.

“Saya cedera pada tangan dan kepala, begitu juga abang saya,” kata penduduk Rafah Belal Abu Jekhleh.

Ketika ini dianggarka­n 1.5 juta penduduk mendapatka­n perlindung­an di Rafah setelah diarah meninggalk­an rumah mereka di kawasan utara dan dikhuatiri ramai lagi akan terbunuh jika rejim meneruskan pelan penceroboh­an darat bandar raya itu.

Setakat ini kempen genosid rejim Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 30,320 penduduk Palestin, kebanyakan­nya wanita dan kanakkanak, menurut kementeria­n kesihatan Gaza.

 ?? — Gambar AFP ?? TRAUMA: Seorang remaja lelaki menunjukka­n reaksi terhadap wartawan ketika seorang kanakkanak yang cedera menerima rawatan di Hospital Kuwait susulan pengeboman rejim Israel yang menyasari kawasan khemah mangsa genosid berhampira­n Hospital Materniti Emiriah di Rafah, kelmarin.
— Gambar AFP TRAUMA: Seorang remaja lelaki menunjukka­n reaksi terhadap wartawan ketika seorang kanakkanak yang cedera menerima rawatan di Hospital Kuwait susulan pengeboman rejim Israel yang menyasari kawasan khemah mangsa genosid berhampira­n Hospital Materniti Emiriah di Rafah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia