Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh wartawan Cameroon, 17 didakwa

-

Seramai 17 orang, termasuk seorang ahli perniagaan terkenal dan seorang bekas ketua perkhidmat­an rahsia, akan dibicaraka­n di Cameroon berhubung kes pembunuhan seorang wartawan terkenal, menurut dokumen mahkamah yang dilihat AFP kelmarin.

Mayat Arsene Salomon Mbani Zogo, yang turut dikenali sebagai Martinez, yang dikelar teruk, ditemui beberapa hari selepas penculikan­nya di hadapan sebuah stesen polis di luar bandar utama Yaounde pada 17 Januari, 2023.

Wartawan radio berusia 50 tahun itu merupakan pengkritik berani terhadap korupsi dan sikap kronisme di negara Afrika Tengah itu, bahkan sering menyebut nama pegawai kerajaan yang didakwanya korup.

NGO Antarabang­sa menyatakan rejim Presiden Paul Biya, 91, telah memerintah dengan cara kuku besi selama lebih 41 tahun, mengurangk­an secara rutin pembangkan­g.

Tiada tarikh perbicaraa­n telah ditetapkan untuk suspek yang termasuk JeanPierre Amougou Belinga, ahli perniagaan berpengaru­h dan pemilik kumpulan media Anecdote, yang ditangkap dua minggu selepas pembunuhan Martinez.

“Dia telah diarahkan untuk dihadapkan dalam perbicaraa­n atas satu dakwaan yang direka-reka iaitu bersekongk­ol dalam penyeksaan,” peguam Belinga, Charles Tchoungang memberitah­u AFP.

Arahan mahkamah menyatakan dakwaan yang sesuai terhadap tertuduh menunjukka­n tamatnya siasatan kehakiman dan menetapkan satu perbicaraa­n.

Maxime Leopold Eko Eko, bekas ketua agensi perisik DGRE di Cameroon, turut berdepan tuduhan yang sama.

Pengarah operasi DGRE, Justin Danwe, juga berdepan dakwaan untuk bersubahat dalam pembunuhan.

Selepas Belinga dan Eko Eko dibebaskan dari tahanan reman tanpa penjelasan rasmi pada Disember, hakim siasatan ketiga telah dinamakan untuk menguruska­n kes tersebut.

Kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch menyatakan kebebasan bersuara terus disekat di Cameroon, menyatakan tiga wartawan bebas telah dibunuh pada tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia