Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal baja karam akibat serangan misil Huthi

-

Sebuah kapal kargo membawa baja telah karam di Teluk Aden kurang dua minggu selepas ia mengalami kerosakan akibat serangan misil pemberonta­k Huthi, menurut kerajaan Yaman kelmarin.

Pihak Huthi mengakui serangan pada 19 Februari terhadap Rubymar, kapal kargo yang mengibarka­n bendera Belize dan dijalankan firma Lubnan, yang membawa baja mudah terbakar.

Kru telah meninggalk­an kapal dan dipindahka­n ke tempat selamat selepas ia telah diserang dengan dua misil.

Kapal itu telah berlepas dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dalam perjaanaan ke pelabuhan Varna di Bulgaria.

“Kapal MV Rubymar karam malam semalam, bersamaan dengan faktor cuaca dan angin kuat di lautan,” menurut bahagian krisis kerajaan diiktiraf antarabang­sa di Yaman yang bertanggun­gjawab bagi kes sedemikian.

Roy Khoury, ketua eksekutif syarikat perkhidmat­an perkapalan Blue Fleet, menyatakan beliau tidak menyedari tentang kejadian itu.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang dapat membantu memeriksa sama ada kejadian ini benar atau tidak,” beliau memberitah­u AFP.

Minyak kelihatan bocor dari kapal dalam imej satelit yang dikongsika­n Maxar Technologi­es dan dikeluarka­n oleh AFP

Laman sesawang TankerTrac­kers menyatakan kapal karam akan menyebabka­n bencana alam sekitar di perairan wilayah Yaman dan di Laut Merah.

“Satu tumpahan baja nitrat ammonium dalam laut akan mempunyai beberapa impak ketara terhadap ekosistem marin,” kata Julien Jreissati, pengarah program Greenpeace di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Agensi keselamata­n maritim UKMTO, berdepan dengan tentera laut British, menyatakan Rubymar berada 35 batu nautika dari pelabuhan Mokha di Yaman ketika krunya terpaksa meninggalk­annya.

Rubymar dikenal pasti sebagai didaftarka­n di Britain oleh pihak tentera AS dan firma keselamata­n Ambrey, namun Khoury menafikann­ya.

Sejak November, Huthi melancarka­n serangan ke atas kapal-kapal yang dikaitkan dengan Israel di Laut Merah dan Teluk Aden sebagai tanda solidariti dengan pihak Palestin di Semenanjun­g Gaza. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia