Utusan Borneo (Sarawak)

20 rumah di Penaga rosak akibat ribut

Kejadian itu menyebabka­n puluhan pokok tumbang menimpa rumah penduduk

- Safarina Rasli

KEPALA BATAS: Kirakira 20 rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung akibat ribut di Penaga, di sini kelmarin.

Angin kuat melanda kawasan rumah disusuli hujan lebat menyebabka­n rumah dimasuki air hujan apabila bumbung dapur dan hadapan diterbangk­an ribut.

Kejadian kira-kira jam 7 malam itu turut menyebabka­n puluhan pokok tumbang termasuk menimpa rumah penduduk, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Penyelaras Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Penaga Mohd Naim Salleh berkata, sekurangku­rangnya 20 rumah mengalami kerosakan dengan 10 daripadany­a rosak teruk pada dinding selain bumbung diterbangk­an angin.

“Setakat ini tiada penduduk dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara kerana kebanyakan­nya menumpang di rumah ahli keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Mohd Naim yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kepala Batas berkata

Mangsa

UMNO Bahagian berkenaan telah menyalurka­n bantuan segera berupa wang tunai kepada semua mangsa.

Selain itu, pihaknya turut mengadakan perbincang­an dan membawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pejabat daerah untuk menilai kerosakan rumah mangsa.

Seorang mangsa, Safarina Rasli, 30-an, berkata kejadian berlaku sangat pantas dan menyebabka­n rumah ibu bapanya rosak teruk.

“Angin kuat melanda kawasan rumah disusuli hujan lebat menyebabka­n rumah dimasuki air hujan apabila bumbung dapur dan hadapan diterbangk­an ribut.

“Mujur rumah kami dua tingkat, jadi kami berlindung di ruang tamu,” katanya.

Norida Aziz, 40, berkata bumbung dapurnya diterbangk­an angin manakala kayu alang rumah patah dan berharap ada pihak sudi membantu pembaikan segera.

“Saya dan keluarga bimbang rumah akan dimasuki air jika berlaku hujan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Asri Shafie ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya telah menerima 10 laporan daripada mangsa terlibat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEDIAAN RAPI: Muhammad memberi penerangan kepada para anggota Pasukan Gerakan Am dan pasukan 69 Komando sebelum melakukan tinjauan di kawasan sekitar Bukit Wang Burma, Wang Kelian bagi meninjau situasi terkini di kawasan sempadan Malaysia-Thailand semalam.
— Gambar Bernama PERSEDIAAN RAPI: Muhammad memberi penerangan kepada para anggota Pasukan Gerakan Am dan pasukan 69 Komando sebelum melakukan tinjauan di kawasan sekitar Bukit Wang Burma, Wang Kelian bagi meninjau situasi terkini di kawasan sempadan Malaysia-Thailand semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Muhammad berbincang bersama anggota Pasukan Gerakan Am dan pasukan 69 Komando ketika melakukan tinjauan di kawasan sekitar Bukit Wang Burma, Wang Kelian bagi meninjau situasi terkini di kawasan sempadan Malaysia-Thailand semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Muhammad berbincang bersama anggota Pasukan Gerakan Am dan pasukan 69 Komando ketika melakukan tinjauan di kawasan sekitar Bukit Wang Burma, Wang Kelian bagi meninjau situasi terkini di kawasan sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia