Utusan Borneo (Sarawak)

JSJK kesan transaksi RM3.8 bilion melalui 15 syarikat, disyaki hasil kegiatan penipuan

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengesan transaksi pemindahan wang sebanyak RM3.8 bilion ke 43 negara melalui 15 syarikat perdaganga­n berdaftar di Malaysia, yang disyaki hasil kegiatan penipuan bermula 2021 hingga 2023.

Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya mengesan kewujudan trend pendaftara­n syarikat dan pembukaan akaun bank atas nama syarikat yang disyaki bertujuan dijadikan akaun keldai.

Beliau berkata taktik berkenaan menjadi pilihan kerana ia membolehka­n transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap dan melibatkan amaun yang lebih besar.

“Selain daripada akaun keldai individu, kini wujud pula akaun keldai syarikat yang memberi ancaman kewangan yang lebih besar kerana transaksi yang bertopengk­an syarikat melibatkan jumlah wang yang boleh mencecah bilion ringgit.

“Dalam membantera­s kegiatan ini, JSJK melihat kepada keperluan supaya fungsi portal Semakmule diperkasak­an dengan menambah satu lagi modul yang menyenarai­kan syarikat yang disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah komersial. Maka lahirlah Portal Semakmule

2.0,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Portal Semakmule 2.0 di sini semalam.

Beliau berkata fungsi berkenaan bagi membolehka­n masyarakat mengetahui organisasi yang terlibat dengan jenayah komersial dan seterusnya mengelak daripada meneruskan urusan dengan syarikat terbabit.

“Sejumlah 107 syarikat telah disenaraik­an dalam pengkalan data Portal Semakmule 2.0 dan jumlah ini akan terus bertambah dari masa ke masa selaras dengan siasatan yang dijalankan dan kes-kes baharu yang diterima setiap hari,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Ramli (dua kiri) bergambar pada Majlis Pelancaran Portal Semakmule 2.0, di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Ramli (dua kiri) bergambar pada Majlis Pelancaran Portal Semakmule 2.0, di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia