Utusan Borneo (Sarawak)

Humbert tundukkan Bublik untuk memenangi kejuaraan ATP Dubai

-

DUBAI: Pemain pilihan kelima kejohanan, Ugo Humbert, mengekalka­n rekod sempurna di final apabila menewaskan Alexander Bublik 6-4 dan 6-3 untuk memenangi kejuaraan ATP Dubai di sini pada Sabtu.

Jaguh dari Perancis itu menyertai Ernests Gulbis dan Martin Klizan sebagai pemain lelaki dalam Era Terbuka yang memenangi enam kejuaraan pertama mereka di peringkat Jelajah ATP, dengan kemenangan ke atas Bublik memberikan­nya kejuaraan kedua musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu akan melonjak ke senarai 15 ranking teratas dunia di ranking ke-14 apabila kemas kini kedudukan ranking dibuat hari ini.

“Saya bermain dengan tahap yang luar biasa sepanjang minggu tetapi hari ini bukan mudah,” kata Humbert dalam ucapan semasa majlis penyampaia­n trofi.

“Saya mempunyai statistik yang baik di final tetapi ia kerana saya mempunyai pasukan yang bagus bersama saya,” tambahnya.

Humbert mengharung­i laluan yang sukar di sini.

Dia bangkit dari ketinggala­n pada perlawanan pembukaan menentang rakan senegara, Gael Monfils, sebelum menyingkir­kan Andy Murray, menyelamat­kan tiga mata akhir ketika menentang Hubert Hurkacz dan mengejutka­n pilihan pertama kejohanan, Daniil Medvedev di separuh akhir.

Humbert menyertai Jannik Sinner sebagai pemain dengan lebih dari satu kejuaraan pada tahun ini. Dia juga muncul juara di Marseille bulan lepas.

Dia menambah kejuaraan kedua ATP (peringkat 500), berikutan dengan kejuaraan di Halle tiga tahun yang lalu.

Sementara Bublik, yang melangkah ke final apabila Andrey Rublev dibatalkan permainan pada perlawanan separuh akhir, akan naik ke kedudukan tertinggi dalam kariernya di ranking ke-19 dunia selepas pencapaian memberangs­angkan di Dubai.

“Minggu ini memberikan saya segala-galanya dan saya benar-benar gembira berada di sini. Terima kasih, Ugo, kerana mengingatk­an saya bagaimana perasaanny­a tewas di final.” Kata Bublik.

“Sejujurnya, sebelum ke final, saya fikir saya akan menang, saya akan mengabadik­an kejuaraan kepada anak lelaki saya.

“Jadi, saya minta, maaf, mungkin masa lain,” tambahnya.

Pemain bersaing sengit pada set pertama tetapi Bublik mengambil risiko pukulan servis kedua yang kedua tetapi gagal dan memberikan Humber mata kemenangan.

Humbert memberikan tekanan kepada Bublik dari pukulan servisnya dan mendahului 4-1 pada satu ketika dalam set kedua.

Bublik cuba bangkit namun gagal mengekalka­n rentak dan terpaksa akur dengan kehebatan lawannya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK MANIS: Humbert menjulang trofi yang dimenangin­ya selepas menewaskan Bublik pada final kejohahan ATP Dubai.
— Gambar AFP DETIK MANIS: Humbert menjulang trofi yang dimenangin­ya selepas menewaskan Bublik pada final kejohahan ATP Dubai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia