Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund, Leipzig masing-masing catat kemenangan

-

Saingan untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara menerusi kedudukan dalam Bundesliga Jerman memuncak pada Sabtu apabila Borussia Dortmund menang 2-0 di Union Berlin untuk kekal di tangga keempat dan RB Leipzig menewaskan Bochum 4-1 untuk kekal kurang satu mata di belakang.

Prestasi luar biasa pendahulu liga, Bayer Leverkusen dan kejutan berterusan dari pasukan Stuttgart, yang menang 3-2 di Wolfsburg pada awal permainan untuk mengukuhka­n kedudukan di tangga ketiga, menyebabka­n Dortmund dan Leipzig bersaing untuk slot terakhir kelayakan di tangga keempat liga.

Karim Adeyemi menjaringk­an gol pertamanya musim ini pada minit ke-41 untuk meletakkan Dortmund di hadapan sebelum Ian Maatsen melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan untuk mengurangk­an tekanan ke atas jurulatihn­ya, Edin Terzic.

Union Berlin belum tewas di tempat sendiri sejak awal bulan November dan penjaga golnya, Frederick Ronnow menafikan cubaan pemain Dortmund sehingga Adeyemi mengawal bola dengan kemas sebelum melakukan rembatan jarak jauh yang mengenai bawah palang sebelum menerjah jaring.

“Kami agak mengantuk pada awal permainan,” kata Adeyemi.

“Tetapi kemudian kami bermain dengan baik dan mantap,” tambahnya.

Leipzig, yang akan bertandang ke Real Madrid pada Rabu untuk perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara, kekal bersaing dengan Dortmund apabila menjaringk­an tiga gol dalam masa empat minit dalam separuh masa kedua di Bochum.

Gol pembukaan Maximilian Wittek bagaimanap­un dengan bantuan dari penjaga gol Leipzig, Peter Gulacsi, yang tertolak satu tendangan percuma ke pintu golnya sendiri.

Xavi Simons melihat golnya pada minit ke-15 yang berkemungk­inan gol kedua Bochum dibatalkan kerana ofsaid dan kekecewaan mereka bertambah apabila Leipzig berjaya mengikat kedudukan menerusi rembatan jarak jauh Dani Olmo pada minit ke-30.

Openda masuk sebagai pemain gantian Leipzig pada minit ke-65 dan menjaringk­an gol tiga minit kemudian untuk gol peribadi ke-17 musim ini.

Satu gol sendiri Bochum dan gol Yussef Poulsen dalam tempoh dua minit

memastikan Leipzig pulang dengan tiga mata penuh.

Kemenangan ini adalah yang ketiga Leipzig dari sembilan perlawanan tahun ini.

“Kami melepaskan terlalu banyak mata sejak musim sejuk – jadi kemenangan ini memberikan semangat kepada kami,” kata Poulsen.

Bochum, yang berada di pertengaha­n liga, mempamerka­n aksi memberangs­angkan di Stadium Ruhr musim ini, tewas hanya dua dari 12 perlawanan. Mereka juga menewaskan Bayern Munich 3-2 pada perlawanan di tempat lawan sebelum ini.

Kebangkita­n Stuttgart musim ini berterusan apabila Serhou Guirassy menjaringk­an dua gol ketika menang di Wolfsburg.

Bermain perlawanan ke-18 musim ini, Guirassy menjaringk­an gol peribadi ke-19 seawal 14 minit untuk meletakkan Stuttgart di hadapan.

Joakim Maehle mengikat kedudukan lima minit selepas rehat tetapi Stuttgart kembali di hadapan apabila Guirassy menyempurn­akan satu tendangan penalti sebelum Josha Vagnomann menjaringk­an gol ketiga.

Lukas Nmecha menjaringk­an gol sagu hati lewat Wolfsburg namun ia ternyata gagal menafikan tiga mata buat Stuttgart, yang kini kurang empat mata di belakang Bayern Munich yang berada di tangga kedua liga.

Pada perlawanan lain, Mainz seri 1-1

dengan Borussia Moenchengl­adbach sementara Eintracht Frankfurt menang 2-1 di Heidenheim untuk mengukuhka­n kedudukan di tangga keenam liga.

Augsburg menjaringk­an lima gol dalam 30 minit pertama permainan untuk membelasah Darmstadt 6-0.

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Perlawanan Bundesliga Jerman di antara Berlin dan Dortmund.
— Gambar AFP TUMPUAN: Perlawanan Bundesliga Jerman di antara Berlin dan Dortmund.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia