Utusan Borneo (Sarawak)

Verstappen pamer kehebatan

Pemandu pasukan Red Bull itu memenangi perlumbaan F1 GP Bahrain

-

SAKHIR: Juara dunia tiga kali, Max Verstappen, memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan dengan bergaya pada Sabtu apabila mengetuai kemenangan satu dua pasukan Red Bull bersama-sama rakan sepasukann­ya, Sergio Perez di Grand Prix Bahrain.

Dalam satu bukti kehebatan luar biasa, pemandu dari Belanda berusia 26 tahun itu melepasi garisan penamat dengan kelebihan 22.5 saat di hadapan Perez, yang bermula di petak kelima dan mengurangk­an sedikit tekanan ke atas pengurus pasukan, Christian Horner.

Verstappen, yang bermula di petak pertama, menangani cabaran Charles Leclerc dari pasukan Ferrari untuk mendahului perlumbaan ke selekoh pertama dan selepas itu, ia kelihatan situasi yang sama seperti musim lepas apabila mudah mengekalka­n kedudukan sehingga ke garisan penamat untuk memulakan pemburuan kejuaraan dunia yang keempat berturut-turut.

Dengan menduduki petak pertama yang ke-33 dalam kariernya, pusingan terpantas dan kemenangan, Verstappen meraih ‘hatrik’ ke-12 dalam kariernya, menyebabka­n hanya juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher dan Lewis Hamilton di hadapannya dengan masing-masing 22 dan 19 rekod hatrik.

Ia adalah kemenangan yang kelapan berturut-turut Verstappen, yang ke-55 dan podium ke-99 ketika pasukan Red Bull menguasai perlumbaan yang tidak banyak drama di Litar Antarabang­sa Sakhir.

Ia juga melanjutka­n rekodnya sebagai pendahulu keseluruha­n kepada 40 perlumbaan sejak Grand Prix Sepanyol pada 2022.

“Luar biasa,” kata Verstappen.

“Saya fikir hari ini berjalan lebih baik dari apa yang dijangkaka­n dan kami mempunyai kepantasan luar biasa. Ia sangat menarik untuk memandu kereta ini dan kami juga mengelak sebarang masalah. Ia satu permulaan yang baik tahun ini – ia tidak dapat lebih bagus lagi dari ini.”

Rakan sepasukan Verstappen, Perez, juga memberikan pujian kepada pasukan.

“Pasukan sememangny­a mempunyai rentak yang bagus. Kami harus mengekalka­nnya untuk beberapa minggu akan datang,” katanya.

Carlos Sainz, yang akan kehilangan tempatnya di pasukan Ferrari kepada Hamilton tahun hadapan, menamatkan saingan di tempat ketiga, di hadapan rakan sepasukan, Leclerc, yang mendapat kelebihan dari satu kesilapan pemandu Mercedes, George Russell pada akhir perlumbaan.

“Ia benar-benar bagus hari ini dan kami mempunyai kepantasan yang baik. Kami mempunyai pelan jelas dan ia berhasil,” kata Sainz.

Russell menamatkan saingan di tempat kelima, di hadapan pemandu McLaren, Lando Norris, diikuti rakan sepasukan Russell, Hamilton, Oscar Piastri (McLaren) dan dua pemandu Aston Martin, Fernando Alonso dan Lance Stroll.

Selepas beberapa hari spekulasi, Horner tiba bersama isterinya, Geri Halliwell – menggambar­kan sokongan kuat kepada suaminya selepas pendedahan dakwaan pesanan ringkas yang dibuat oleh Horner kepada seorang kakitangan wanita dalam pasukan mereka.

Ia hadir 24 jam selepas dia dibebaskan oleh siasatan dalaman Red Bull terhadap dakwaan salah laku tidak wajar.

“Saya fikir hari ini berjalan lebih baik dari apa yang dijangkaka­n dan kami mempunyai kepantasan luar biasa. Ia sangat menarik untuk memandu kereta ini dan kami juga mengelak sebarang masalah. Ia satu permulaan yang baik tahun ini – ia tidak dapat lebih bagus lagi ” dari ini. Max Verstappen Pemandu pasukan Red Bull

 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI UNGGUL: Verstappen meraikan kejayaanny­a selepas memenangi perlumbaan Formula 1 Grand Prix Bahrain di Litar Antarabang­sa Bahrain di Sakhir.
— Gambar AFP PRESTASI UNGGUL: Verstappen meraikan kejayaanny­a selepas memenangi perlumbaan Formula 1 Grand Prix Bahrain di Litar Antarabang­sa Bahrain di Sakhir.
 ?? VERSTAPPEN ??
VERSTAPPEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia