Utusan Borneo (Sarawak)

AS Roma terus menyerlah di bawah kendalian De Rossi

-

MILAN: AS Roma meneruskan kebangkita­n mereka sejak di bawah kendalian Daniele De Rossi apabila menang besar 4-1 di Monza, sekali gus mengembali­kan harapan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Tiga mata di Stadium UPower hasil gol Lorenzo Pellegrini dan Romelu Lukaku pada akhir separuh masa pertama sebelum Paulo Dybala menambah jaringan ketiga pada minit ke-63 dan gol penalti lewat Leandro Paredes.

Andrea Carboni menjaringk­an gol sagu hati Monza pada minit ke-87 namun ia adalah kemenangan keenam dari ketujuh liga buat Roma sejak De Rossi menggantik­an Jose Mourinho yang dipecat oleh kelab pada bulan Januari.

Roma naik ke tangga kelima liga, satu mata di belakang Bologna yang menduduki slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara dan bermain lewat menentang pesaing mereka untuk empat tangga teratas liga, Atalanta.

Roma sudah menjaringk­an 20 gol liga di bawah bimbingan De Rossi.

“Saya hanya menguruska­n sekumpulan manusia dan juga pemain. Saya cuba bersikap jujur dan jelas apabila saya melihat sesuatu yang saya tidak suka,” kata De Rossi.

“Saya benar-benar gembira bekerja dengan mereka, dari cara mereka bermain dan memberikan kegembiraa­n kepada saya.”

De Rossi adalah pilihan mengejut untuk menggantik­an Mourinho, tetapi setakat ini dia telah menjalanka­n tugas di luar jangkaan.

Satu-satu perlawanan liga di mana Roma tidak menang ialah ketika menentang pendahulu liga, Inter Milan, kekalahan 2-4 tetapi pasukannya mempamerka­n aksi memberangs­angkan.

Kemenangan pada Sabtu adalah persediaan sempurna untuk perlawanan pertama pusingan kedua Liga Europa menentang Brighton Khamis ini, yang akan berlangsun­g di Stadio Olimpico.

Roma melangkah ke dua final kejohanan Eropah secara berturut-turut di bawah kendalian Mourinho, yang disayangi oleh penyokong kelab kerana mengakhiri kemarau kejuaraan kelab selama 14 tahun apabila memenangi kejohanan sulung Liga Konferensi Europa pada 2022.

De Rossi akan dapat menurunkan dua bintang penyerang utama, Dybala dan Lukaku selepas aksi meyakinkan kedua-dua pemain pada Sabtu.

Tendangan percuma Dybala adalah gol kesembilan­nya sejak pertukaran tahun dan gol liga ke-12 musim ini sementara dia juga mengumpan gol liga pertama Lukaku sejak kemenangan pertama De Rossi ketika menentang Verona.

“Jika ia adalah permulaan, bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh pasukan Roma ini jika kami meneruskan rentak ini,” kata Pellegrini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia