Utusan Borneo (Sarawak)

Khidmat optimum kepada rakyat Gedong

Rancangan bina bangunan Majlis Daerah Gedong masih dalam perbincang­an dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohd Abu Bakar Marzuki.

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kerajaan Sarawak merancang membina bangunan Majlis Daerah Gedong dalam usaha memberikan perkhidmat­an yang optimum kepada rakyat Gedong.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rancangan untuk membina bangunan itu masih dalam perbincang­an dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohd Abu Bakar Marzuki.

Memandangk­an majlis daerah merupakan salah satu cabang penting bagi kerajaan katanya, adalah perlu untuk mereka disediakan dengan bajet dan kemudahan asas sendiri.

“Justeru, apabila wujud bangunan itu kelak, ahli majlis di Gedong dan ahli jawatankua­sa kecilnya akan mempunyai pejabat dan ruang sendiri untuk berbincang mengenai infrastruk­tur dan pentadbira­n daerah.

“Maknanya, daerah ini akan dapat melaksanak­an pembanguna­n yang diinginkan segera demi manfaat rakyat kawasan ini (Gedong),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Gedong di Hikmah Exchange di sini, semalam.

Sementara itu, Abang Johari berkata, untuk membangunk­an sesebuah daerah, ia perlu dibangunka­n mengikut kaedah era baharu.

“Bermakna, kita perlu menggunaka­n teknologi baharu termasuk teknologi maklumat (IT) bagi membangunk­an sesebuah daerah sebagai daerah pintar.

“Umpamanya bagi ahli ahli majlis hari ini, mereka boleh menggunaka­n aplikasi untuk berhubung antara satu sama lain bagi membincang­kan dan menangani sebarang masalah yang timbul di kampung atau daerah.

“Melalui kaedah ini, kita akan dapat menyelesai­kan masalah rakyat dengan lebih cepat. Inilah yang kita panggil perkongsia­n pintar,” ujarnya.

Abang Johari turut menggesa ahli majlis bagi majlis daerah di seluruh Sarawak untuk memberi tumpuan kepada pembanguna­n keseluruha­n kawasan dan mengukuhka­n ikatan antara mereka dan rakyat.

Mengenai majlis angkat sumpah itu, beliau mengucapka­n tahniah atas pelantikan 31 ahli majlis bagi Majlis Daerah Gedong.

“Tahniah dan syabas kerana dilantik sebagai ahli majlis dan selamat menjalanka­n tugas di bawah pimpinan Pengerusi Majlis Daerah Gedong Tamida Da’adi,” katanya.

 ?? — Gambar UKAS ?? RASMI: Abang Johari melancarka­n logo baharu Majlis Daerah Gedong sambil disaksikan oleh dif-dif kenamaan lain pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Gedong semalam.
— Gambar UKAS RASMI: Abang Johari melancarka­n logo baharu Majlis Daerah Gedong sambil disaksikan oleh dif-dif kenamaan lain pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Gedong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia