Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan The Borneo Post terima Khazanah-Wolfson Press Fellowship

-

KUCHING: Wartawan The Borneo Post, Jenifer Laeng telah dinamakan sebagai penerima Khazanah-Wolfson Press Fellowship yang berprestij.

Jenifer, 35, warga Sarawak pertama yang dianugerah­kan biasiswa itu, akan menghabisk­an 10 minggu di bawah program itu di Cambridge University di United Kingdom mulai 8 April depan.

Beliau dipilih selepas proses saringan menyeluruh oleh Khazanah Nasional Bhd dan Kolej Wolfson – sebuah kolej konstituen Cambridge University.

Jenifer yang memiliki ijazah dalam bidang kewartawan­an daripada University of South Australia, akan menjalanka­n penyelidik­an mengenai isu tanpa negara (tanpa status kewarganeg­araan).

Topik itu dekat di hatinya, telah dibincangk­annya secara meluas dalam The Borneo Post, menyebabka­n beberapa daripada individu yang dipaparkan akhirnya menerima status kerakyatan Malaysia.

“Ini adalah sesuatu yang di luar zon selesa saya tetapi saya percaya, saya dipilih untuk sesuatu tujuan. Saya berharap saya akan dapat menggunaka­n sepenuhnya masa saya di UK, untuk memperoleh sebanyak mungkin pengetahua­n daripada golongan cerdik pandai di Cambridge University, terutama yang berkaitan dengan topik penyelidik­an saya,” kata Jenifer selepas menerima surat anugerah pada satu majlis khas di Kuala Lumpur semalam.

“Saya tidak sabar untuk kembali dengan perspektif dan pandangan baharu yang akan membolehka­n saya melakukan lebih banyak lagi untuk membantu komuniti di tempat saya berada,” tambahnya.

Beliau menerima surat penganuger­ahan itu daripada Pengarah Urusan Khazanah Nasional Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Sementara itu Pengurus Besar The Borneo Post dan Utusan Borneo Phyllis Wong berkata beliau teruja Jenifer dipilih untuk program (fellowship) itu.

 ?? — Gambar sumbangan Khazanah Nasional ?? PENGIKTIRA­FAN: Jenifer menerima surat penganuger­ahan daripada Amirul. Turut kelihatan Ketua Pegawai Kandungan The Borneo Post Raynore Mering.
— Gambar sumbangan Khazanah Nasional PENGIKTIRA­FAN: Jenifer menerima surat penganuger­ahan daripada Amirul. Turut kelihatan Ketua Pegawai Kandungan The Borneo Post Raynore Mering.
 ?? PHYLLIS WONG ??
PHYLLIS WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia