Utusan Borneo (Sarawak)

Tarif elektrik di Sarawak dijangka meningkat

Ia berikutan pelaksanaa­n kadar SST daripada enam peratus kepada lapan peratus, kata Abang Johari

- Oleh Marlinda Mardzuki Premier Sarawak

KUCHING: Tarif elektrik di Sarawak dijangka meningkat berikutan pelaksanaa­n kadar Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak tidak mempunyai pilihan selain mengikutin­ya kerana pengenaan cukai itu terpakai di seluruh negara.

“Kita kena ikut kerana cukai itu terpakai secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurn­akan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Gedong di Hikmah Exchange di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Abang Johari memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak akan terus membantu pengguna domestik melalui inisiatif sendiri.

“Tetapi kita ada pengecuali­an (inisiatif) dan boleh membuat keputusan kita sendiri di peringkat kerajaan negeri.

“Kita akan melihat implikasin­ya dari sudut undangunda­ng. Jika kita ada diberi pengecuali­an (cukai bekalan elektrik) mungkin kita tidak perlu melaksanak­annya (SST),” katanya.

Kita kena ikut kerana cukai itu terpakai secara menyeluruh.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Semasa pembentang­an Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumka­n kadar SST dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Perubahan kadar cukai itu berkuat kuasa 1 Mac lalu dengan antara cukai perkhidmat­an yang terbabit dengan kenaikan itu adalah bekalan elektrik melebihi penggunaan 600 kilowat/jam.

Selain itu, beberapa perkhidmat­an baharu dikenakan cukai perkhidmat­an antaranya pusat karaoke, pembrokera­n dan penaja jaminan untuk perkhidmat­an selain kewangan seperti broker kapal, kapal terbang, komoditi dan harta tanah, perkhidmat­an logistik dan perkhidmat­an penyelengg­araan.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? REAKSI: Abang Johari ketika ditemui media selepas menyempurn­akan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Gedong semalam.
— Gambar Roystein Emmor REAKSI: Abang Johari ketika ditemui media selepas menyempurn­akan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Gedong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia