Utusan Borneo (Sarawak)

31 individu angkat sumpah sebagai ahli majlis bagi Majlis Daerah Gedong

-

Seramai 31 individu mengangkat sumpah sebagai ahli majlis buat pertama kali bagi Majlis Daerah Gedong berkuat kuasa 1 Januari 2024 hingga 31 Mac 2025.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksika­n Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Gedong yang berlangsun­g di Hikmah Exchange di sini, semalam.

Upacara angkat sumpah dimulakan dengan Pengerusi Majlis Daerah Gedong Tamida Da’adi dan seterusnya disusuli Timbalanny­a Japar Mustapha serta ahli-ahli majlis.

Selesai upacara angkat sumpah, barisan baharu ahli majlis bagi Majlis Daerah Gedong melafaz ikrar bebas rasuah.

Hadir sama menyaksika­n majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo,

Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Penasihat Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Dato Sri Mohd Naroden Majais.

Sementara itu, Majlis Daerah Gedong dalam kenyataan berkata, sejajar dengan Gedong telah dijadikan sebagai sebuah daerah penuh, maka ada keperluan bagi daerah Gedong mempunyai majlis daerahnya sendiri.

Ia katanya, kerana daerah Gedong sebelum ini berada di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Simunjan.

“Kewujudan Gedong mempunyai majlis daerahnya sendiri akan memperkasa­kan perancanga­n dan pelaksanaa­n aktiviti-aktiviti pembanguna­n di kawasan Gedong keseluruha­nnya.

“Dengan adanya majlis daerah ini, pemimpin-pemimpin tempatan yang dilantik sebagai kaunselor atau ahli majlis dapat memainkan

peranan penting bagi membantu mempergiat­kan lagi pembanguna­n selain memberi perkhidmat­an berkualiti kepada rakyat di kawasan Gedong,” katanya.

Turut diadakan pada majlis itu ialah pelancaran logo Majlis Daerah Gedong oleh Abang Johari yang juga merupakan ADUN Gedong.

 ?? — Gambar UKAS ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari bersama dif-dif kenamaan yang lain merakam kenangan bersama kesemua ahli majlis bagi Majlis Daerah Gedong semalam.
— Gambar UKAS UNTUK ALBUM: Abang Johari bersama dif-dif kenamaan yang lain merakam kenangan bersama kesemua ahli majlis bagi Majlis Daerah Gedong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia