Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain industri acara perniagaan digesa rebut insentif MyCEB di bawah MyTripleE

-

Pemain industri acara perniagaan di Sarawak digesa merebut insentif yang ditawarkan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah kempen MyTripleE.

Pengarah Bahagian Mesyuarat dan Insentif Sokongan MyCEB Mohammad Isa Abdul Halim berkata kempen MyTripleE adalah program sokongan di bawah kempen Meet In Malaysia untuk menarik acara perniagaan ke Malaysia.

“Kempen MyTripleE (Excel, Elevate, Enliven) diumumkan pada Ogos 2023 dan menawarkan pelbagai bentuk insentif kepada pemain industri dalam menganjurk­an acara perniagaan (BE) di

Malaysia.

“Antaranya MyTripleE (Excel) bagi penganjura­n acara Mesyuarat Korporat dan Insentif Perjalanan, MyCEB menyediaka­n insentif antara RM2,500 hingga RM47,500 untuk 50 hingga 500 delegasi.

“Manakala untuk penganjura­n acara persidanga­n antarabang­sa, insentif antara RM10,000 hingga RM20,000 disediakan di bawah MyTripleE (Excel) dengan minimum 250 peserta (10 peratus delegasi antarabang­sa),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat mengenai kempen MyTripleE pada sesi perkongsia­n MyCEB bersama rakan industri BE

Sarawak di sebuah hotel terkemuka sini semalam.

Tambah Isa, menariknya kempen MyTripleE ini ia juga menawarkan kelebihan kepada rakan acara perniagaan (BE) di mana laluan khas disediakan kepada delegasi BE oleh Imigresen di pintu masuk negara.

Sehubungan­ituIsamemi­nta rakan industri BE di Sarawak merebut kempen MyTripleE ini dan berhubung dengan MyCEB serta BE Sarawak untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

Dalam pada itu kira-kira 100 pihak berkepenti­ngan menyertai sesi perkongsia­n MyCEB bersama rakan industri BE Sarawak semalam termasuk penganjur

Persidanga­n Profesiona­l (PCO), Penganjur Pameran Profesiona­l (PEO), Syarikat Pengurusan Acara (EMC), Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC), persatuan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Hadir sama Pengurus Besar BE Sarawak Jason Tan yang turut berterima kasih kepada MyCEB kerana memberi peluang kepada rakan industri BE di Sarawak menerokai kempen MyTripleE.

Dalam pada itu MyCEB pada tahun 2023 berjaya mendaftark­an sebanyak 248 acara perniagaan dengan jumlah delegasi seramai 833,961 di mana 167,799 merupakan delegasi antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia