Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Hilir, Sri Aman bergotong-royong bersih tanah perkuburan

-

Seramai 300 penduduk termasuk Ketua Masyarakat dan Ketua kaum (KMKK) di Kampung Hilir, Sri Aman telah menyertai Program Gotong-Royong Perdana Siri 8 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir, Sri Aman dekat sini semalam.

Program yang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan dianjurkan Jawatankua­sa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir, Sri Aman itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Program yang dianjurkan bersama Jawatankua­sa Pengurusan dan Jawatankua­sa Liang Lahad Kampung Hilir Simanggang ini adalah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

Ketika berucap ringkas pada program berkenaan, Dayang Noorazah menjelaska­n bahawa keadaan kawasan tanah perkuburan yang sedang diperluask­an itu bagi menampung keperluan pada masa akan datang.

Menurutnya,RumahWakaf juga akan dibina oleh pemaju tempatan yang telah dilantik sebelum ini dan pemaju terse

but turut menyumbang kerja meluaskan tanah perkuburan tersebut tanpa bayaran.

Katanya lagi, masih banyak kerja harus diusahakan untuk menaik taraf Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Sri Aman pada masa akan datang.

“Semoga usaha ini dapat diteruskan bukan sahaja di Sri Aman malah di kawasan DUN Lingga juga.

“Kita turut berharap agar masyarakat bersamasam­a menyumbang sedikit kewangan kepada manamana ahli Jawatankua­sa Tanah Perkuburan di sekitar daerah Sri Aman, daerah Lingga dan daerah kecil Maludam,”ujarnya.

“Sebagai wakil rakyat di Lingga, saya akan usahakan untuk menambah baik lagi keadaan seperti membuat banteng dan perparitan di sekitar kawasan tanah perkuburan ini pada masa akan datang,”jelasnya.

Sementara itu, Jawatankua­sa Pengurusan Perkuburan Islam Kampung Hilir ini telah menerima sumbangan ikhlas daripada orang ramai sebanyak RM5,186.

Hasil daripada sumbangan tersebut akan digunakan sebagai pengurusan sepanjang tahun sebaik yang mungkin.

Turut serta pada program berkenaan, beberapa ketua kampung di sekitar Kampung Hilir Sri Aman termasuk Penghulu Abang Norin Abang Norudin, Ketua Kampung Husaini Abu Talip, Ketua Kampung Abang Ramlan Abang Morshidi, Ketua Kampung Jimi Peri, Ketua Kampung Mohamad Yusop, Ketua Kampung Rusli Bunyau, Ketua Kampung Afendy Ibot serta Ketua Kampung Muhd Suhaili.

 ?? ?? TURUT SERTA: Dayang Noorazah (tengah) bersama penduduk Kampung Hilir menyertai Program Gotong-Royong Perdana Siri-8 di Tanah Perkuburan Kampung Hilir, Sri Aman semalam.
TURUT SERTA: Dayang Noorazah (tengah) bersama penduduk Kampung Hilir menyertai Program Gotong-Royong Perdana Siri-8 di Tanah Perkuburan Kampung Hilir, Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia