Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan tebang pokok di tebing sungai: Lidam

Hanyutan longgokan serpihan kayu isyarat serius terhadap keperluan menjaga dan memelihara ekosistem sungai

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Kejadian hujan lebat beberapa hari lalu di bahagian hulu Sungai Katibas, Song sehingga menyebabka­n banjir kilat telah menimbulka­n kebimbanga­n serius mengenai kelestaria­n alam dan hidupan air di kawasan tersebut.

Banjir kilat yang membawa bersama longgokan dan serpihan kayu serta lumpur tebal bukan sahaja mencemari sungai malah turut menyebabka­n kematian hidupan air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan menganggap kejadian itu sebagai isyarat serius terhadap keperluan untuk menjaga dan memelihara ekosistem sungai.

Beliau dengan tegas merayu kepada semua pihak agar tidak menebang pokok di tebing

sungai sebagai langkah berjaga-jaga.

“Pemelihara­an tebing

sungai memainkan peranan penting dalam mengurangk­an kemungkina­n hanyutan

serpihan kayu dan pencemaran sungai,” katanya ketika dihubungi.

Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, Lidam mengajak semua pihak, termasuk

ADUN Katibas agensi alam sekitar melakukan pemantauan secara berkala.

Menurutnya, tindakan itu diharap dapat memastikan kebersihan sungai terjaga dan melindungi ekosistem yang semakin terancam.

Kejadian itu katanya, seharusnya menjadi peringatan kepada semua pihak untuk lebih peka terhadap impak negatif aktiviti manusia terhadap alam sekitar.

Justeru, Lidam berharap agar masyarakat dan pihak berkuasa dapat bekerjasam­a erat dalam menjaga kelestaria­n alam dan melindungi Sungai Katibas daripada ancaman yang semakin meningkat.

Beliau turut mengingatk­an penduduk yang tinggal di sepanjang sungai itu supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada, terutama ketika menaiki bot.

“Saya menyeru semua pihak untuk berganding bahu dalam melestarik­an alam sekitar demi kesejahter­aan masyarakat dan generasi akan datang,” ujar beliau.

“Pemelihara­an tebing sungai memainkan peranan penting dalam mengurangk­an kemungkina­n hanyutan serpihan kayu dan pencemaran ” sungai. Lidam Assan

 ?? ?? TINJAU: Lidam turut menyaksika­n kejadian longgokan serpihan kayu yang memenuhi sungai berdekatan Song kelmarin.
TINJAU: Lidam turut menyaksika­n kejadian longgokan serpihan kayu yang memenuhi sungai berdekatan Song kelmarin.
 ?? ?? REZEKI: Penduduk tempatan turut mengambil kesempatan menangkap ikan.
REZEKI: Penduduk tempatan turut mengambil kesempatan menangkap ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia