Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidik harus sedia hadapi cabaran ketika menyampaik­an ilmu

-

Golongan pendidik harus bersedia menghadapi cabaran ketika menyampaik­an ilmu kepada pelajar, kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Irene Chang.

Menurutnya, usaha ini memerlukan ketabahan dan keazaman yang kukuh untuk menerapkan belas kasihan kepada kanak-kanak yang bukan darah daging sendiri.

“Apa yang kita ada hari ini, seperti yang saya fahami, adalah hasil usaha orang yang sanggup menyahut cabaran itu untuk menjadi pendidik kepada semua orang yang membentuk masyarakat yang berbeza dalam masyarakat kita.

“Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada anda semua kerana sudi menyahut cabaran ini.

“Kepada para pendidik, semasa anda memulakan perjalanan ini, saya rasa terdorong untuk berkongsi dengan anda bahawa anda perlu bersedia dan anda mungkin perlu menghadapi beberapa cabaran semasa cuba menyampaik­an pengetahua­n,” katanya dalam ucapan semasa program Memperkasa Pendidik Akar Umbi Untuk Menyampaik­an Program Pendidikan Lebih Baik di Gereja Borneo Evangelica­l Mission (BEM) di sini, semalam.

Program itu dianjurkan Destiny for Children Sibu dengan kerjasama Yayasan Dignity for Children dari Kuala Lumpur dan BEM,

Gereja Sibu.

Chang turut memuji pihak penganjurk­eranamenga­dakan program melatih warga pendidik agar dapat menyediaka­n pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak.

Program tersebut bermula semalam hingga Khamis ini dengan tema ‘Latihan Montessori’.

Turut hadir ialah pengerusi organisasi Anne Lau, Presiden Persatuan Destiny for Children Grace Yii dan yang lain.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Chang (empat kiri) bergambar bersama peserta program di Gereja BEM, Sibu semalam.
UNTUK ALBUM: Chang (empat kiri) bergambar bersama peserta program di Gereja BEM, Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia