Utusan Borneo (Sarawak)

Perluas latihan keselamata­n, pencegahan kebakaran kepada masyarakat setempat

-

Pengetahua­n asas pencegahan kebakaran dan keselamata­n kebakaran perlu diajar kepada masyarakat setempat untuk mengurangk­an kes kematian dan kerugian harta benda akibat bencana kebakaran.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata dengan mengetahui tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran, seseorang dapat melindungi orang lain dan meminimumk­an kerosakan yang berlaku sementara menunggu ketibaan anggota bomba dan penyelamat.

“Apabila orang ramai mempunyai latihan asas keselamata­n kebakaran, mereka sekurang-kurangnya dapat melakukan sesuatu untuk membantu sementara menunggu anggota bomba yang mungkin memerlukan sedikit masa untuk tiba di lokasi kebakaran bergantung pada jarak,” jelas Lee pada majlis penutupan latihan pasukan Organisasi Keselamata­n Kebakaran (OKK) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri malam kelmarin.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin mencadangk­an agar program latihan dikendalik­an kepada penduduk di kawasan perumahan, kampung dan rumah panjang di sini.

Untuk itu, Lee menyokong dengan menyumbang geran sebanyak RM10,000 untuk pelaksanaa­nnya.

“Perluaskan­nya, latih mereka dan atur pertanding­an. Ia adalah cara yang baik untuk penduduk tempatan belajar (keselamata­n kebakaran) dan mendapat pengetahua­n.

“Ia adalah latihan yang sangat baik dan saya komited untuk menyokong program sebegini,” jelas Lee.

Latihan dan pertanding­an itu disertai 66 pasukan yang terdiri daripada agensi hotel tempatan, pusat beli-belah, kilang, ladang kelapa sawit, hospital dan klinik, pejabat, gudang dan firma syarikat tempatan.

Juara dimenangi Lembaga Pelabuhan Miri, tempat kedua dimenangi Petronas Miri Crude Oil Terminal (MCOT) dan tempat ketiga dimenangi Eastwood Valley Golf and Country Club.

 ?? ?? TAHNIAH: Lee bergambar dengan pasukan juara Lembaga Pelabuhan Miri.
TAHNIAH: Lee bergambar dengan pasukan juara Lembaga Pelabuhan Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia