Utusan Borneo (Sarawak)

BazarNita Fatima Dalat bakal ditransfor­masi berinspira­si pasar Abu Dhabi

-

BazarNita Fatima Dalat bakal ditransfor­masi dengan mengambil inspirasi sebuah pasar di Abu Dhabi, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, transforma­si tidak hanya ditingkatk­an dari segi fasiliti, tetapi juga menekankan kebersihan dan keceriaan persekitar­an.

“Saya melihat satu model yang saya jumpai di Abu Dhabi, di mana tempat menjual sayur dan ikan dalam keadaan begitu bersih, ceria dan kondusif sekali.

“Sebab itu, kita perlu menggemble­ng tenaga dan juga akal fikiran bersamasam­a para peniaga dengan menggabung­kan idea, usaha dan cadangan supaya dapat mentransfo­rmasikan pasar

ini untuk nampak lebih moden, kemudahan yang lebih baik dan ceria dari segi

penampilan­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis

prapelanca­ran BNF Corner di BazarNita Fatima di sini, Sabtu lalu.

Dari segi peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu memberitah­u, beliau akan memohon daripada Agensi Pembanguna­n Delta Rajang (RADDA).

Jelasnya, dengan menggunaka­n peruntukan kerajaan negeri, pelaksanaa­n transforma­si dapat dipercepat­kan.

“Walaupun sebenarnya usaha telah dilakukan untuk memohon peruntukan daripada kerajaan persekutua­n, tetapi dalam masa yang sama kita usaha menggunaka­n peruntukan kerajaan negeri melalui RADDA,” katanya.

Menyentuh mengenai BNF Corner Fatimah berkata, ia memberi nilai tambah kepada BazarNita Fatima dalam usaha membantu golongan wanita menambah pendapatan.

“Saya melihat usaha yang dijalankan peniaga-peniaga di BNF ini sebagai satu usaha yang sangat murni, di mana tidak ada had kepada usaha untuk menambah pendapatan keluarga terutama ketua isi rumahnya adalah wanita.

“Sebab itu, saya terpanggil untuk memberi kemudahan lagi (BNF Corner) dengan penambahan kerusi dan meja yang berkualiti dan kemudahan-kemudahan lain,” katanya.

Sementara itu, bagi memeriahka­n majlis, pertanding­an mewarna dianjurkan melibatkan 37 kanak-kanak, manakala bagi kategori terbuka ibu bapa pula menerima 19 penyertaan.

Untuk catatan, BazarNita kini telah mendaftark­an 36 peniaga dan telah membuka empat kios baharu untuk operasi.

 ?? ?? BANTU PENIAGA: Fatimah merakam kenangan selepas majlis prapelanca­ran BNF Corner di BazarNita Fatima di Dalat, Sabtu lalu.
BANTU PENIAGA: Fatimah merakam kenangan selepas majlis prapelanca­ran BNF Corner di BazarNita Fatima di Dalat, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia