Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor penyelamat beri nafas baharu kepada projek sakit, Jambatan Sungai Paku

-

Kontraktor penyelamat memberi nafas baharu kepada projek sakit, Jambatan Sungai Paku di Spaoh yang kini telah mencapai 15.08 peratus kadar kemajuan berbanding 14.93 peratus mengikut jadual asal.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah dalam satu kenyataan kelmarin.

“Kini pelaksanaa­nnya adalah baik dan sihat sejak diambil alih oleh kontraktor penyelamat pada 11 Mei 2023.

“Yang mana enam bulan yang lalu Jambatan Sungai Paku di sini adalah projek yang tidak sihat.

“Kontraktor pertamanya telah gagal mencapai banyak yang menyebabka­n pembinaann­ya sangat ketinggala­n daripada jadual,” katanya.

Beliau telah melawat tapak pembinaan tersebut semalam yang terletak berhampira­n bandar Spaoh dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban. Projek berkenaan bernilai RM36 juta.

“Saya amat gembira kerana daripada taklimat yang diberikan oleh kontraktor penyelamat dan JKR Betong, pembinaann­ya berjalan dengan baik.

“Saya harap kontraktor dapat meneruskan kemajuan. Cuaca baik sejak kebelakang­an ini dan saya harap ia akan berterusan.

“Kebanyakan komponen pembinaan kritikalny­a telah siap,” tambah Uggah.

Bahagian utama jambatan berkenaan telah dipasang di Kuching dan dibawa ke sini untuk pemasangan.

“Walaupun kontraktor menghadapi masalah tenaga kerja, saya harap perkara ini dapat diselesaik­an segera.

“Jambatan ini dijadualka­n siap pada 10 Ogos 2025.

“Tetapi saya telah meminta JKR berbincang dengan kontraktor supaya ia disiapkan lebih awal,” kata Uggah yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pelabuhan (MIPD).

Beliau disertai Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Chew Chee Yau, Timbalan Pengarah JKR Dr Cassidy Morris dan Jurutera JKR Betong Jason Ng semasa lawatan itu.

 ?? ?? PANTAU: Uggah disertai (dari kiri) wakil kontraktor Chew, Richard, Jason dan Cassidy di tapak projek.
PANTAU: Uggah disertai (dari kiri) wakil kontraktor Chew, Richard, Jason dan Cassidy di tapak projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia