Utusan Borneo (Sarawak)

Kompleks sukan untuk penjawat awam di Sarawak

Kerajaan Sarawak memberi sebidang tanah untuk pembinaan kompleks sukan bagi MAKSAK

- Setiausaha Kerajaan Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberikan sebidang tanah untuk pembinaan sebuah kompleks sukan bagi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK).

Kerajaan Sarawak telah memberi sebidang tanah dan kita sekarang merancang untuk membina satu kemudahan kompleks sukan untuk penjawat awam negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, pembinaan kompleks itu untuk penjawat awam Sarawak beriadah selain tempat latihan bagi pertanding­an sukan yang akan datang.

“Kerajaan Sarawak telah memberi sebidang tanah dan kita sekarang merancang untuk membina satu kemudahan kompleks sukan untuk penjawat awam negeri ini.

“Insya-Allah apabila siapnya Kompleks Sukan MAKSAK nanti semua penjawat awam akan mempunyai tempat untuk beriadah serta tempat untuk mereka berlatih sukan bagi pertanding­an yang akan datang.

“Dengan ini, kita sekurangku­rangnya

Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki

dapat menyediaka­n tempat yang sesuai untuk mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Juara Jabatan Premier Sarawak (JPS) di sebuah hotel di sini kelmarin.

Sementara itu, Mohamad Abu Bakar mengucapka­n tahniah kepada JPS yang memperoleh kejayaan membanggak­an untuk Karnival Sukan Karnival Perkhidmat­an Awam Sarawak (SCS) JPS bersama Pejabat Residen dan Daerah (R&DO) dan Sukan Kementeria­n Sarawak (SUKEMSAR).

“Kejayaan ini termasuk Perarakan Kapal Berhias Sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka yang menyaksika­n mereka mendapat tempat kedua,” ujarnya.

Katanya, ini adalah hasil kerjasama padu antara penjawat awam dalam JPS untuk merangkul pelbagai kejuaraan dalam mana-mana pertanding­an yang disertai.

“Mengapa JPS mampu menjuarai pertanding­an yang disertai adalah bukan sahaja kerana kemampuan individu tetapi juga pada kerjasama yang dijalankan termasuk sistem pengurusan

yang teratur.

“Ini membolehka­n JPS menjadi juara Karnival SCS R&DO dan SUKEMSAR dan saya harapkan kejayaan ini mesti dikekalkan,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan

Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancanga­n Ekonomi dan Pembanguna­n) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbira­n) Datu Buckland

Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Pengarah Unit Pentadbira­n JPS merangkap Chef de Mission Datu Muhammad Junaidi Mohidin.

 ?? — Gambar UKAS ?? KENANGAN: Mohamad Abu Bakar (tengah) bergambar bersama yang lain pada Majlis Apresiasi Juara Jabatan Premier Sarawak (JPS) di Kuching, kelmarin.
— Gambar UKAS KENANGAN: Mohamad Abu Bakar (tengah) bergambar bersama yang lain pada Majlis Apresiasi Juara Jabatan Premier Sarawak (JPS) di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia