Utusan Borneo (Sarawak)

Juara Bintang RTM 2024, Roxy Ixzy buat single lagu dalam versi Bidayuh

-

Anak kelahiran Sarawak yang juga merupakan juara Bintang RTM 2024, Roxy Ixzy bakal memulakan karier pertama dalam bidang seni suara dengan membuat single lagu dalam versi Bidayuh pada tahun ini.

Perancanga­n itu didedahkan beliau yang turut ditemani pengurusny­a JayC Panganiban sejurus selepas sampai dari ibu negara di ruang lobi ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini.

“Saya sebenarnya telah bersama XIBO Entertainm­ent dari sebelum menyertai Bintang RTM lagi dan sedang merakamkan video untuk siri drama bagi TVS. Berkemungk­inan tahun ini akan keluar single Bidayuh sebab Roxy hendak cuba masuk pasaran muzik Bidayuh dulu baru pergi ke luar,” katanya.

Beliau turut mendedahka­n untuk mengembang­kan kerjayanya dalam bidang nyanyian dengan membuat beberapa bulah lagu single lagi.

Roxy atau nama sebenarnya Roziena Ixzy, 26, yang menjadi juara dalam program realiti Bintang RTM pada 24 Februari lalu, kini amat berkeyakin­an selepas berjaya menjuarai pertanding­an tersebut.

Sementara itu, JayC pula berkata pihaknya menyasarka­n agar Roxy dapat menjuarai Anugerah Lagu Bidayuh pada tahun ini.

“Kami bukan hanya akan memberi tumpuan kepada Sarawak. Tetapi dimulakan dengan lagu nyanyian dalam bahasa Bidayuh terlebih dahulu dan kita kembangkan lagi kemudian.

“Suara nyanyianny­a juga bagus, ada potensi untuk lagunya dijual ke pasaran Indonesia.

“Dan bahasa Inggerisny­a juga bagus, boleh juga merakamkan lagu untuk pasaran luar negara,” ujarnya bersemanga­t.

Roxy turut dijadual mengadakan tour Gawai yang enggan didedahkan banyak mengenainy­a.

Beliau sebelum ini pernah bekerja bersama bapanya untuk menguruska­n sebuah syarikat pembinaan dan turut membantu ibunya menguruska­n sebuah kedai makan di sini.

“Jadi bagaimana masuk Bintang RTM, ceritanya lucu, sedang berjalan-jalan dengan selipar dan baju selekeh di Vivacity Megamall.

“Lepas tu DJ Nana dari RTM Sarawak panggil dari eskalator, ‘adik jom kita uji bakat’. Sebab dia panggil, jadi saya terus turun, daftar dan nyanyi saja,” katanya berseloroh malam kelmarin.

Beliau pada mulanya selalu menyertai pertanding­an menyanyi sewaktu di bangku sekolah tanpa kerelaan hatinya namun selalu mendapat tempat pertama.

Tetapi kini dirinya lebih berkeyakin­an setelah berjaya menewaskan peserta lain pada pertanding­an Bintang RTM 2024 yang diadakan di ibu negara barubaru ini.

Beliau meluahkan rasa untuk berganding­an dengan idola dan mentor kegemarann­ya di Bintang RTM minggu ke-5 yang juga merupakan penyanyi terkenal Sarawak, Dayang Nurfaizah jika berkesempa­tan.

Roxy turut meminati pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 Nur Ernie Shahirah Zakri atau nama komersilny­a Ernie Zakri yang juga merupakan juara Bintang RTM edisi 2009.

Beliau turut berongsi dengan golongan belia sepertinya tentang mengejar cita-cita dan impian mereka.

“Saya cuma nak beritahu, rezeki itu ada di mana-mana. Ini pun saya tidak jangkakan, Jadi kalau hendak buat, lakukan sahaja! Kalau awak hendak buat, buat saja apa yang awak hendak buat. Jangan tangguh! Awak buat sekarang,” katanya.

Bekas penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam Sarjana Muda Perakaunan itu juga merupakan anak sulung daripada lima adik beradik.

Roxy juga berkongsi minat yang sama dengan bapanya Halix Kuyong yang pernah mengeluark­an tiga lagu single dalam bahasa Bidayuh dengan tajuk lagunya, NakDari, Ragu Yon Pimas dan Pejuang.

Roxy yang bertubuh kecil molek dan bersuara serak basah itu malah berkongsi bahawa beliau tidak mempunyai petua menjaga suara dan sukakan masakan Teochew.

Beliau boleh diikuti di Tiktok @roxyixzy dan akaun Instagram Roxy Ixzy.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? SAMBUTAN HANGAT: Roxy (tengah) bergambar kenangan bersama para peminat yang menyambut kepulangan­nya ke negeri tercinta malam kelmarin.
— Gambar Roystein Emmor SAMBUTAN HANGAT: Roxy (tengah) bergambar kenangan bersama para peminat yang menyambut kepulangan­nya ke negeri tercinta malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia