Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan amal SM Wong Nai Siong sasar kutip RM150,000

-

Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong menyasarka­n untuk mengutip kira-kira RM150,000 menerusi program amal jualan makanannya pada 27 April, kata Temenggung Dato Vincent Lau.

Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah itu berkata, jualan makanan itu akan diadakan di gelanggang bola keranjang berbumbung di sekolah itu bermula jam 7.30 pagi hingga 1 petang.

Beliau berkata acara itu dianjurkan bersama oleh lembaga, persatuan bekas pelajar serta pelajar sekolah berkenaan.

“Sasaran kami untuk mengumpul dana ialah RM150,000 dan kami berharap akan dapat melebihi jumlah sasaran dengan sokongan yang baik daripada orang ramai.

“Saya fikir sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, ini sentiasa menjadi sasaran yang ingin kami capai,” katanya.

Lau berkata demikian pada sidang akhbar di Wisma Huawen Du Zhong di sini, semalam.

Tambahnya, pengumpula­n dana itu adalah salah satu aktiviti yang dilaksanak­an sempena sambutan Ulang Tahun SM Wong Nai Siong Ke-57.

“Dan tujuan kami menganjurk­an (acara ini) selain sebagai sebahagian daripada sambutan, kami menggunaka­n peluang ini untuk mengumpul dana untuk sekolah.

“Ini kerana SM Wong Nai Siong adalah sekolah persendiri­an Cina.

“Kami bergantung kepada masyarakat supaya kami dapat terus membiayai dan mengendali­kan sekolah,” katanya.

Beliau berkata, objektif lain penganjura­n jualan makanan itu juga adalah untuk mengambil peluang ini untuk menggalakk­an orang ramai mengunjung­i sekolah tersebut.

“Dengan cara itu, kita boleh mendekatka­n sekolah kita dengan masyarakat kerana kita memerlukan sokongan masyarakat. Dan berharap mereka dapat memahami persekitar­an sekolah kita dan juga jenis pendidikan yang kita sediakan untuk generasi muda,” ujarnya.

Selain itu, Lau memaklumka­n bahawa jawatankua­sa kerja awal telah ditubuhkan, dengan Kong Chong Men sebagai pengerusi penganjur.

Kupon berharga RM5 dan RM10 setiap satu boleh didapati daripada Wong Xiu Jun (SM Wong Nai Siong) di talian 019-8565732 dan pengerusi alumni Kaunselor Yiing Sy Huat (017-2281437).

Turut hadir pada sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah itu Dato Chieng Buong Toon dan salah seorang naib pengerusi penganjur jualan amal Penghulu Ting Hua Kuok.

 ?? ?? SERU SOKONGAN: (Duduk, dari dua kanan) Lau, Chieng, Ting dan yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.
SERU SOKONGAN: (Duduk, dari dua kanan) Lau, Chieng, Ting dan yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia