Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf LTM diutamakan dalam RMK12

Ia akan menjadi antara projek yang perlu diberi keutamaan untuk dilaksanak­an, kata Loke “

- Anthony Loke Menteri Pengangkut­an Malaysia

MIRI: Cadangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Miri (LTM) telah disenaraik­an Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia (MoT) di bawah Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menterinya Anthony Loke berkata, ia akan menjadi salah satu projek kementeria­n yang perlu diberi keutamaan untuk dilaksanak­an.

“Kelulusan permohonan projek ini adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan dan kemampuan kerajaan pusat,” katanya semasa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berhubung perkembang­an kelulusan projek naik taraf itu pada sidang di Parlimen semalam.

Mengulas lanjut Loke berkata, cadangan projek naik taraf itu kelak, antara lain akan melibatkan pertambaha­n kapasiti terminal daripada 2 juta penumpang setahun (mppa) kepada 3 mppa.

“Pada tahun 2019, LTM telah mengendali­kan 2.4 mppa di mana ia telah melebihi kapasiti sedia ada sebanyak 20 peratus. Manakala skop-skop kerja yang terlibat bagi cadangan projek naik taraf LTM kelak akan meliputi pembesaran dan naik taraf bangunan di kawasan Rural Air Services (RAS) dan penambahan kaunter daftar masuk,” katanya.

Beliau memberitah­u, turut dilaksanak­an dalam projek naik taraf ini kelak ialah penempatan pejabat baharu bagi

jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat penerbanga­n, papan tanda dan penunjuk arah, kerja-kerja penambahba­ikan di tingkat pertama balai pelepasan, penerapan elemenelem­an Industrial Revolution (IR) 4.0, penambahan passenger boarding bridge dan Baggage Handling System (BHS) yang baharu.

Sementara itu, menurut

Chiew LTM merupakan projek naik taraf yang begitu lama tertangguh dan amat dinanti-nantikan penduduk di bandar raya ini.

LTM merupakan lapangan terbang keenam paling sibuk di Malaysia namun difahamkan terminal dua tingkat itu hanya mampu menampung dua juta penumpang setiap tahun dan telah beroperasi

melebihi kapasiti asalnya sejak 2012.

LTM juga merupakan lapangan terbang utama yang menyambung­kan lapangan terbang kawasan pedalaman dengan kawasan lain di negeri ini.

Menurut Chiew, MoT sendiri mengesahka­n keperluan menaik taraf LTM sejak tahun 2016.

Kelulusan permohonan projek ini adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan dan kemampuan kerajaan ” pusat.

 ?? ?? JELAS: Gambar fail menunjukka­n Chiew (tengah) semasa mendengar penerangan berhubung masalah-masalah yang timbul dan keperluan segera menaik taraf LTM, semasa lawatan ke LTM pada Julai tahun lalu.
JELAS: Gambar fail menunjukka­n Chiew (tengah) semasa mendengar penerangan berhubung masalah-masalah yang timbul dan keperluan segera menaik taraf LTM, semasa lawatan ke LTM pada Julai tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia