Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat perlu tahu tentang pemerdagan­gan manusia, penipuan pekerjaan, kata Rusdi

-

MIRI: Mendidik masyarakat tentang kegiatan pemerdagan­gan manusia dan penipuan pekerjaan adalah tanggungja­wab setiap individu untuk mengelakka­n lebih ramai orang daripada menjadi mangsa.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundanga­n) Timbalan Pesuruhjay­a Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 bukanlah satu undang-undang yang baharu namun telah wujud sejak 2007.

“Oleh yang demikian, penyebaran maklumat berkaitan antipemerd­agangan manusia secara berterusan harus dilaksanak­an untuk mengatasi dan mencegah rakyat kita daripada terus menjadi mangsa.

“Ini bermaksud penglibata­n ketua masyarakat setempat, ketua kampung dan penghulu dari rumah panjang adalah penting dalam menyampaik­an mesej ini melalui kursus penguatkua­saan ATIPSOM,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan program Jelajah Pemerkasaa­n ATIPSOM di Ibu

Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, kelmarin.

Katanya, program itu yang bermula 1 Mac lalu di Kuching dengan pelancaran kursus selama enam hari berkaitan antipemerd­agangan manusia diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pihak polis sebagai pelaksana undangunda­ng meningkatk­an lagi pengetahua­n dan pemahaman mereka tentang Akta ATIPSOM 2007.

Menurut Rusdi, pihak polis ingin berkongsi semua

maklumat yang diperlukan berkaitan pemerdagan­gan manusia untuk meningkatk­an kesedaran orang awam dan berharap ilmu yang dibekalkan kepada ketua-ketua masyarakat dapat dikongsika­n kepada orang ramai di kawasan masing-masing.

“Melalui pendekatan sebegini iaitu meningkatk­an kesedaran menentang pemerdagan­gan manusia, rakyat akan dapat melindungi diri mereka sendiri,” ujarnya.

Turut serta dalam jelajah itu ialah Ketua Penolong Pengarah D3 (ATIPSOM) Senior Asisten Komisioner (SAC) Soffian Santong, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Wong Ing Fung, Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasata­n dan Pendakwaan SAC Datuk Suryani Sungit dan Setiausaha Bahagian Pejabat Strategik Nasional Antipemerd­agangan Orang dan Majlis Antipenyel­udupan Migran (NSO-MAPO) Syuhaida Abdul Wahab Zen.

 ?? ?? TINGKATKAN KESEDARAN: Rusdi (lima kiri) bersama anggota jelajah serta yang lain bergambar bersama pada akhir program kelmarin.
TINGKATKAN KESEDARAN: Rusdi (lima kiri) bersama anggota jelajah serta yang lain bergambar bersama pada akhir program kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia