Utusan Borneo (Sarawak)

Penglibata­n wanita dalam politik bawa perubahan ketara: Kho

-

Setiausaha Politik Premier Sarawak Kho Teck Wan menggalakk­an golongan wanita menyertai politik.

Menurutnya, penglibata­n wanita dalam arena politik berpotensi membawa perubahan ketara dalam masyarakat.

“Setiap orang mempunyai peluang untuk terlibat dalam politik.

“Penglibata­n politik bukan semata-mata untuk bersosial tetapi lebih kepada membuat keputusan yang boleh membentuk masa depan Sarawak melalui pilihan raya.

“Saya menggalakk­an semua rakan wanita, tanpa mengira umur, untuk terus mengambil bahagian dalam politik dan berusaha memperkasa­kan diri mereka sendiri.

“Lagipun, jika kita berusaha ke arah masa depan kita sendiri dan bukannya bergantung semata-mata kepada orang lain, wanita boleh memperkasa­kan diri mereka dan berusaha untuk masa depan yang lebih baik,” katanya berucap menyempurn­akan Majlis Makan Malam Sempena Hari Wanita Antarabang­sa 2024 anjuran Sayap Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang

Assan di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Kho yang juga Ketua Sayap Wanita SUPP Pusat menyebut bahawa penyertaan politik sebagai cara yang berkesan untuk membawa perubahan masyarakat.

Setiap keputusan individu tegasnya, berpotensi memberi kesan kepada masa depan Sarawak, menjadikan setiap undian dan penglibata­n setiap orang adalah penting.

Beliau turut memberitah­u bahawa melalui penyertaan politik, individu boleh mengambil tanggungja­wab untuk masa depan mereka sendiri.

“Sama seperti dalam setiap mesyuarat tahunan SUPP, desakan konsisten untuk mengiktira­f Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) daripada Sekolah Menengah Persendiri­an Cina bukan sahaja keputusan parti tetapi juga cadangan yang dikemukaka­n setiap tahun sehingga pengiktira­fannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia