Utusan Borneo (Sarawak)

Hope Place tampil bantu keluarga berdepan masalah kewangan

-

Persatuan Kebajikan Harapan Kuching atau Hope Place tampil membantu sebuah keluarga yang berdepan masalah kewangan di Petra Jaya di sini baru-baru ini.

Ketua keluarga tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Mostapa terdesak menghubung­i Hope Place untuk mendapatka­n bantuan bagi isteri dan dua anaknya yang masih kecil.

Isterinya Imelda Affendy yang berusia 44 tahun disahkan menghidap skizoferni­a pada 2017 dan terpaksa berhenti kerja selepas keadaannya semakin teruk.

Mostapa yang bekerja sebagai pembantu stor kini menjadi pencari pendapatan tunggal untuk isteri dan dua anaknya yang berusia 8 dan 12 tahun.

“Keadaan isteri saya tidak dapat diramalkan. Jika dia berasa terharu atau tertekan dia akan berhalusin­asi perkara yang mengerikan,” katanya kepada wakil Hope Place yang mengunjung­i keluargany­a baru-baru ini yang menyewa sebuah bilik kecil di Petra Jaya.

Mostapa turut memaklumka­n bahawa isterinya mendapat rawatan di klinik kesihatan setiap tiga minggu sekali.

Disebabkan keadaan isterinya yang tidak menentu, anak-anak pasangan ini juga telah berhenti sekolah tahun lepas.

Malah anak lelakinya yang berusia lapan tahun tidak memasuki darjah satu selepas tamat pendidikan tadika.

Keputusan untuk memberhent­ikan anaknya daripada persekolah­an adalah disebabkan oleh masalah kewangan, kata Mostapa.

Mostapa bagaimana bersyukur isterinya yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Simpati dengan keadaan keluarga Mostapa, Hope Place semasa mengunjung­i keluarga ini turut menghulurk­an bantuan makanan asas.

Hope Place juga akan menaja sepenuhnya pendidikan kedua-dua anak Mostapa dan berharap dapat mendaftark­an anak-anak ini di sekolah berhampira­n apabila sesi persekolah­an bermula kelak.

 ?? ?? RINGANKAN BEBAN: Wakil Hope Place tampil membantu keluarga Mostapa (kiri) barubaru ini.
RINGANKAN BEBAN: Wakil Hope Place tampil membantu keluarga Mostapa (kiri) barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia