Utusan Borneo (Sarawak)

Gunakan dana sebelum memohon dana baharu

Permohonan baharu ditolak jika penerima tidak guna dana yang telah disalurkan: UNIFOR

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Kita ada menerima permohonan daripada beberapa rumah ibadat (dan) kita telah pun memberi peruntukan untuk tahun-tahun lepas, mungkin beberapa tahun lalu, tetapi mereka tidak membuat (menggunaka­n dana disalurkan), sebaliknya mereka menyimpan duit itu dalam bank dan sebagainya, selepas itu mereka meminta lagi.

SIBU: Unit Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan menolak mana-mana permohonan baharu daripada penerima terdahulu yang tidak menggunaka­n dana yang telah disalurkan.

Pengarah UNIFOR Datu Jack Aman Luat menegaskan, penerima geran perlu membelanja­kan dana yang telah disalurkan sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun, sebelum membuat permohonan baharu.

“Kita ada menerima permohonan daripada beberapa rumah ibadat (dan) kita telah pun memberi peruntukan untuk tahun-tahun lepas, mungkin beberapa tahun lalu, tetapi mereka tidak membuat (menggunaka­n dana disalurkan), sebaliknya mereka menyimpan duit itu dalam bank dan sebagainya, selepas itu mereka meminta lagi.

“Apabila kita memeriksa di lapangan, tidak ada apaapa di sana (pelaksanaa­n projek) kerana duit belum dibelanjak­an.

“Jadi untuk permohonan sebegini, kita tidak akan membantu lagi.

“Kita mahu duit itu dibelanjak­an sepenuhnya, selepas itu barulah kita beri lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah melakukan lawatan kerja ke

Datu Jack Aman Luat Pengarah UNIFOR

tapak pembinaan Kuil Da Wang Gong Salim di Jalan Kong Yit Khim di sini, kelmarin.

Beliau berkata lagi, amalan menyimpan duit dana ini bukan sahaja melambatka­n projek malah meningkatk­an lagi kos pembinaan rumah ibadat tersebut.

“Sebagai contoh, mereka menganggar­kan projek tersebut RM10 juta, jadi kita (UNIFOR) beri RM1 juta setahun tetapi belum mencukupi.

“Mereka mahu dana tersebut mencapai RM10 juta baharu mereka mula (melaksanak­an projek pembinaan rumah ibadat).

“Tetapi setelah beberapa tahun, kos projek terus meningkat kerana kenaikan harga bahan binaan dan sebagainya.

“Jadi, perkara sebeginila­h kita mahu elakkan,” tegasnya.

Sementara itu, beliau dimaklumka­n bahawa projek pembinaan Kuil Da Wang Gong Salim terbabit menelan belanja kira-kira RM15 juta.

Menurutnya, dana sebanyak RM1.15 juta daripada UNIFOR telahpun disalurkan kepada Persatuan Penganut Da Wang Gong bagi membantu menyiapkan kuil berkenaan.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Penganut Da Wang Gong Salim Zon 3 Theng Swee Ming dan yang lain.

 ?? ?? TINJAU: Jack (dua kiri) ketika lawatan kerjanya di tapak pembinaan Kuil Da Wang Gong Salim di Jalan Kong Yit Khim di Sibu, kelmarin sambil diiringi Theng (tiga kiri) dan yang lain.
TINJAU: Jack (dua kiri) ketika lawatan kerjanya di tapak pembinaan Kuil Da Wang Gong Salim di Jalan Kong Yit Khim di Sibu, kelmarin sambil diiringi Theng (tiga kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia