Utusan Borneo (Sarawak)

Geng pecah rumah Kumpulan Njok tumpas

-

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu berjaya menumpaska­n satu kumpulan pecah rumah yang dikenali sebagai Kumpulan Njok semasa menjalanka­n Ops Pintu pada 19 Februari lalu, kata Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Nixon Joshua Ali.

Menurutnya, penangkapa­n suspek pertama menjurus kepada penahanan tiga lagi suspek yang berumur 23 hingga 24 tahun yang dipercayai terlihat dalam kegiatan pecah rumah.

“Dengan penahanan kesemua suspek ini sekali gus menyelesai­kan enam kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di bahagian ini sejak awal tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media semalam.

Hasil soal siasat yang dijalankan turut berjaya menemukan semula barangan curi seperti enam bentuk cincin, seutas rantai, dua tablet dan dokumen berkaitan yang dianggarka­n bernilai RM33,754.

Pengakuan yang dibuat oleh suspek katanya, mendedahka­n kaitan dengan enam kes pecah rumah yang dilaporkan sebelum ini.

Nixon berkata, modus operandi yang digunakan suspek ialah mengumpil bahagian tombol pintu rumah mangsa menggunaka­n pemutar skru, gunting, playar dan cangkuk besi buatan sendiri.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua suspek mendapati tiga daripadany­a positif mengambil dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e,” ujarnya.

Hasil semakan yang dijalankan jelas beliau, mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgu­naan dadah yang disiasat di bawah Seksyen 15 (1l (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kesemua suspek katanya, masih lagi dikenakan tahanan reman dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) sekali gus dikenakan tuduhan di mahkamah dalam masa terdekat.

Jika disabitkan bersalah, kesemua suspek akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda atau keduaduany­a sekali.

 ?? ?? BUKTI: Antara barangan curi yang berjaya dirampas semula daripada suspek.
BUKTI: Antara barangan curi yang berjaya dirampas semula daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia