Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta terbabas, tiga lelaki cedera, wanita parah

-

Seorang cedera parah manakala tiga yang lain cedera ringan apabila sebuah kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Kelupu, dekat sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 11.56 malam.

“Sejurus menerima panggilan tersebut sepasukan anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kemalangan yang terletak empat kilometer dari balai iaitu berhampira­n Jambatan Sungai Jabai, dekat sini.

“Ketika sampai di lokasi terbabit, pasukan bomba mendapati pemandu bersama tiga penumpang sebuah kereta yang sedang dalam perjalanan dari Bintangor menuju ke Sibu telah terlibat dengan kemalangan kendiri.

“Tiga lelaki dewasa berjaya keluar sendiri dan mengalami cedera ringan sahaja manakala seorang mangsa wanita dewasa mengalami kecederaan yang agak serius pada tangan kiri telah dikeluarka­n dari dalam kereta terbabit dengan bantuan pihak bomba,” kata Nicholas kepada media semalam.

Sejurus berjaya dikeluarka­n, mangsa wanita terbabit diserahkan kepada pihak ambulans dari Klinik Kesihatan Bintangor untuk mendapatka­n rawatan selanjutny­a.

Menurut Nicholas, pihak bomba turut melakukan pemantauan dan pemeriksaa­n di lokasi kemalangan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Setelah memastikan kesemuanya selamat dan tiada risiko bahaya lain, pasukan bomba terbabit telah bertolak balik ke balai.

“Sementara itu, tiga lelaki yang cedera ringan turut dibawa ke Klinik Kesihatan Bintangor untuk mendapatka­n rawatan,” kata Nicholas.

 ?? ?? TERBABAS: Kemalangan membabitka­n sebuah kereta di Jalan Kelupu, Bintangor kelmarin.
TERBABAS: Kemalangan membabitka­n sebuah kereta di Jalan Kelupu, Bintangor kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia