Utusan Borneo (Sarawak)

Terjerat ‘cinta’, wanita warga emas rugi lebih RM30,000

Mangsa sedar ditipu apabila lelaki itu tidak dapat dihubungi setelah dia mendeposit­kan wang ke akaun suspek

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Gara-gara teruja berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Facebook, seorang wanita warga emas kerugian lebih RM30,000 apabila terjerat dalam kes penipuan ‘Love Scam’.

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila mendapati lelaki terbabit tidak dapat dihubungi setelah dia mendeposit­kan sejumlah wang ke akaun lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahka­n pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung kes itu kelmarin.

“Pada 3 Mac lalu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Miri telah menerima satu laporan polis berhubung kes penipuan ‘Love Scam’.

“Mangsa merupakan seorang wanita berusia lingkungan 60-an dan membabitka­n kerugian berjumlah RM31,400,” katanya dalam

Ketua Polis Daerah Miri satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam.

Terdahulu menurut beliau, mangsa telah menerima permintaan untuk menjadi rakan laman sosial Facebook daripada seorang lelaki yang tidak dikenali.

Perhubunga­n (komunikasi) di antara suspek dan mangsa yang bermula di laman sosial itu kemudian beralih ke aplikasi WhatsApp.

Menurut Alexson, mangsa mendakwa suspek akan datang ke Miri dengan membawa wang (mata wang Taiwan) yang banyak untuk diserahkan kepadanya namun suspek telah ditahan oleh pihak kastam kerana membawa wang tunai yang banyak dan meminta mangsa membayar cukai.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu setelah mendapati suspek tidak dapat lagi dihubungi dan tidak datang ke Miri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan,” katanya.

Sehubungan itu, Alexson menasihati orang ramai agar berhati-hati apabila menerima permintaan rakan daripada individu tidak dikenali dan tidak mudah percaya mahupun jatuh hati dengan pujuk rayu, kata-kata dan janji manis seseorang yang baru dikenali di laman sosial.

Orang ramai juga dinasihatk­an untuk menghubung­i National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997, jika menjadi mangsa penipuan siber (Phone Scam, Love Scam, E-dagang, Pinjaman Tidak Wujud dan sebagainya) sekiranya baru membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun keldai/sindiket penipuan.

“Pada 3 Mac lalu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Miri telah menerima satu laporan polis berhubung kes penipuan ‘Love ” Scam’. ACP Alexson Naga Chabu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia