Utusan Borneo (Sarawak)

‘Butik’ baju raya percuma di UDC Kompleks Islam Sarawak Sibu

-

SIBU: Yayasan Kempimpina­n Al Bait (YKAB) dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Sibu melancarka­n ‘butik’ baju raya percuma di Ummah Distributi­on Centre (UDC), Kompleks Islam Sarawak di sini.

Menurut Pengurus Yayasan Kepimpinan Al Bait Abdul Hafiz Zainalabid­in, baju raya berkenaan dikumpul 400 penyumbang sempena Program Infak Baju Raya Al Bait.

“Projek ini telah dilaksanak­an sejak Ramadan 2023 di Kuching dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakk­an daripada masyarakat umum.

“Tujuannya adalah untuk membantu meringanka­n beban golongan B40 di bahagian Sibu dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah melancarka­n Projek Infak Baju Raya Al Bait dan Projek Infak Pakaian Sekolah Bahagian Sibu di Kompleks Islam Sarawak, Sibu semalam.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatka­n pakaian raya di UDC Sibu yang beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat, mulai jam 8 pagi hingga 4 petang.

“Pengagihan ini bukan untuk golongan B40 sahaja, semua lapisan masyarakat boleh berkunjung ke sini (UDC),” katanya.

Sementara itu menurut kenyataan medianya, tahun ini merupakan tahun pertama projek ini dilakukan sepanjang bulan Ramadan di bahagian Sibu.

Susulan daripada penerimaan yang amat baik daripada masyarakat, projek ini telah diperluask­an ke bahagian-bahagian lain di Sarawak seperti di Samarahan, Serian, Sri Aman, Mukah, Bintulu dan Miri.

Sejak pelancaran­nya pada tahun 2023, lebih daripada 8,500 helai pakaian telah diagihkan kepada kira-kira 1,700 orang yang memerlukan.

Terdahulu, turut berlangsun­g penyerahan pakaian dan beg sekolah kepada 62 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada golongan kurang kemampuan menerusi Projek Infak Pakaian Sekolah.

Hadir sama Ketua Bahagian TBS Sibu Siti Azliyani Jasini.

 ?? ?? TERIMALAH: Abdul Hafiz (dua kiri) dan Azliyani menyampaik­an sumbangan pakaian dan beg sekolah kepada penerima di Sibu, semalam.
TERIMALAH: Abdul Hafiz (dua kiri) dan Azliyani menyampaik­an sumbangan pakaian dan beg sekolah kepada penerima di Sibu, semalam.
 ?? ?? SYUKUR: Salah seorang pengunjung memilih baju raya percuma yang disediakan untuk orang ramai di UDC di Kompleks Islam Sarawak, Sibu semalam.
SYUKUR: Salah seorang pengunjung memilih baju raya percuma yang disediakan untuk orang ramai di UDC di Kompleks Islam Sarawak, Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia