Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir di selatan Sarawak semakin pulih: JPBNS

Jumlah mangsa banjir menurun kepada 44 mangsa jam 4 petang berbanding 85 tengah hari semalam

- Oleh Hamkar Sarbinee JPBNS

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun dengan hanya 44 mangsa membabitka­n sembilan ketua isi rumah (KIR) pada jam 4 petang berbanding 85 mangsa tengah hari semalam.

Seramai 44 mangsa itu ditempatka­n di satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih aktif di kawasan Serian.

Menurut laporan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), PPS yang masih aktif tersebut ialah Dewan Kampung Slabi Entukuh, Serian.

“PPS itu masih dibuka bagi menempatka­n 44 mangsa melibatkan sembilan KIR dari Kampung Slabi Entukuh,” menurut laporan terbabit.

Jelasnya, PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh itu mula dibuka pada 3 Mac (semalam) pada jam 5 petang bagi menempatka­n mangsa banjir di perkampung­an berkenaan.

Pada Sabtu, Sarawak merekodkan jumlah mangsa banjir sehingga 1,511 orang yang membawa kepada pembukaan 14 PPS di kawasan selatan Sarawak.

Tiga PPS yang menempatka­n jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, SJK (C) Chung Hua

Sungai Tengah (284) manakala Dewan Masyarakat Stapok (238).

Kesemua PPS yang menempatka­n mangsa banjir meliputi beberapa kawasan di selatan Sarawak iaitu Kuching, Lundu, Bau, Serian

dan Siburan.

Dalam pada itu, Kuching merekodkan enam PPS yang diaktifkan, tiga di Siburan, dua di Bau, dua di Balai Ringin serta satu di Lundu.

Bagaimanap­un, kesemua PPS itu ditutup secara berperingk­at

berikutan keadaan banjir di kawasan penduduk terjejas banjir kembali pulih.

PPS yang terbaru ditutup sekitar jam 4 petang ialah tiga PPS di Serian.

Tiga PPS tersebut ialah

PPS Dewan Kampung Melayu Balai Ringin yang sebelum ini menempatka­n 23 mangsa, PPS Dewan Serba Guna Kampung Ensebang Padang Bilon (18) dan Dewan Serba Guna Kampung Mundai (39).

“PPS itu masih dibuka bagi menempatka­n 44 mangsa melibatkan sembilan KIR dari Kampung Slabi ” Entukuh.

 ?? ?? SYUKUR: Mangsa banjir yang ditempatka­n di PPS Dewan Serba Guna Kampung Ensebang Padang Bilon merakam kenangan bersama anggota keselamata­n sebelum tempat berteduh itu ditutup pada jam 4 petang semalam.
SYUKUR: Mangsa banjir yang ditempatka­n di PPS Dewan Serba Guna Kampung Ensebang Padang Bilon merakam kenangan bersama anggota keselamata­n sebelum tempat berteduh itu ditutup pada jam 4 petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia