Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki miliki dua motosikal curi dipenjara lapan bulan

-

Padah memiliki dua buah motosikal curi, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohamad Jalil Sidek Bakar, 30, mengaku bersalah sebaik didakwa atas dua pertuduhan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Untuk pertuduhan pertama, tertuduh bersama seorang lelaki masih bebas didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana memiliki sebuah motosikal curi milik seorang wanita berusia 57 tahun.

Sementara pertuduhan kedua menyaksika­n tertuduh didakwa mengikut Seksyen 37(1) Ordinan KesalahanK­esalahan Kecil Sarawak 1958 kerana memiliki sebuah motosikal curi tanpa sebarang alasan munasabah.

Syarifah menjatuhka­n hukuman penjara lapan bulan terhadap tertuduh bagi pertuduhan pertama dan tiga bulan penjara bagi pertuduhan kedua, selain memerintah­kan hukuman penjara dijalankan serentak mulai tarikh dia ditangkap.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Matang kira-kira jam 9 pagi pada 29 Februari 2024.

Fakta kes mendedahka­n pada 24 Februari lepas, pengadu mendapati motosikal milik saudaranya yang diletakkan di hadapan sebuah pasar raya telah hilang.

Pengadu cuba mencari motosikal tersebut tetapi tidak berjaya dan seterusnya mengesyaki kenderaan itu telah dicuri.

Pengadu seterusnya membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapa­n tertuduh pada 29 Februari 2024 di sebuah rumah di Kampung Matang.

Semasa serbuan dilakukan, polis menemui dua buah motosikal yang disyaki curi.

Siasatan mendapati tertuduh memiliki sebuah motosikal curi, selain gagal memberikan alasan munasabah mengenai pemilikian sebuah lagi motosikal curi yang ditemui polis semasa serbuan tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim. Tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia