Utusan Borneo (Sarawak)

Cafe Salim tawar menu sarapan ‘kayangan’ harga mampu milik

- Oleh Muhammad Basir Roslan — Bernama

HAMPIR setiap pagi, terutama pada hujung minggu, deretan motosikal termasuk yang berkuasa tinggi memenuhi ruang letak kenderaan di depan sebuah kafe ala warung di Jalan Paip, Meru di Klang, Selangor.

Di setiap meja di dalam kafe itu pula ada pelanggan yang duduk menikmati hidangan pagi, sementara di luar, barisan mereka yang sabar menunggu giliran untuk masuk ke dalam kafe semakin panjang - pemandanga­n yang menarik perhatian penulis untuk turut mencuba makanan di Cafe Salim ini.

Menawarkan kelainan, kafe yang dioperasik­an oleh bekas jurumasak peribadi kerabat diraja Arab Saudi Almarhum Putera Turki bin Abdul Aziz itu menghidang­kan menu ala Barat selain makanan tempatan termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Pasti mahal, mungkin itu tanggapan ramai. Namun jauh panggang dari api, kerana untuk menikmati set hidangan seperti Classic Breakfast yang merangkumi telur, kentang panggang, sosej bakar, tomato panggang, salad, daging lembu, kacang panggang dan roti bakar, pelanggan hanya perlu membayar RM18.

“Di sini kita menyajikan set makanan mewah ala

Barat namun pada harga rendah. Hanya dengan kirakira RM100, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis makanan bersama ahli keluarga,” kata pemilik kafe Salim Bahari kepada Bernama.

KONSEP SANTAI, SERVIS PANTAS

Mengangkat konsep santai dengan mengetenga­hkan tema hipster, kafe itu dihiasi pelbagai model motosikal Harley-Davidson mini dan bahagian kereta Volkswagen Beetle berwarna kuning.

Dinding pula sarat dengan pelekat persatuan motosikal berkuasa tinggi dan kereta.

Bercerita lanjut, Salim, 64, berkata walaupun 50 peratus lebih murah berbanding harga di restoran mewah dan hotel, kualiti makanan yang dihidangka­n beliau adalah setanding.

“Saya dapat tawarkan harga yang kompetitif dengan kualiti setanding hidangan hotel kerana saya dapatkan bahan mentah terus daripada pembekal di sekitar Klang, sekali gus mengurangk­an kos.

“Atas sebab itu jugalah saya dapat pilih sendiri bahan mentah, dan sudah tentu saya pilih yang terbaik untuk dihidangka­n kepada pelanggan,” katanya yang mempunyai pengalaman kira-kira 40 tahun sebagai cef termasuk di hotel terkenal di seluruh negara.

Selain itu, Salim yang berkeboleh­an memasak pelbagai jenis makanan, melatih sendiri kesemua 12 orang jurumasak di kafenya.

“Masing-masing dilatih dengan kemahiran tertentu. Contohnya, seorang cef pakar memasak telur dadar, manakala yang lain pula pakar menyediaka­n roti bakar dan memasak spageti.

“Melalui kaedah ini, kita boleh memaksimum­kan kecekapan penyediaan makanan kerana semua cef ada tugas masing-masing. Makanan siap dengan cepat, pelanggan puas hati sebab sedap dan dapat makan dengan segera, seterusnya semua orang gembira,” katanya.

Beliau membuka kafe itu pada Ogos 2022, dan mengaku pada peringkat awal agak bimbang tidak mendapat sambutan kerana menu sarapan ala Barat jarang diketengah­kan oleh pengusaha kafe tempatan.

“Tapi alhamdulil­lah, kuasa tular media sosial membuatkan kafe saya menjadi tumpuan pelanggan yang datang dari segenap pelosok negara dengan ada yang berkonvoi motosikal,” ujar beliau.

Menurut beliau, pada hari biasa, lazimnya kafe beliau menerima secara purata 400 pelanggan dan meningkat kepada 700 orang pada hujung

minggu. PENGALAMAN LUAS BIDANG KULINARI

Mengimbas kembali sejarah pembabitan­nya dalam bidang kulinari, Salim berkata selepas menamatkan pengajian peringkat sijil dalam bidang pengurusan perkhidmat­an makanan di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) pada 1980, beliau bekerja sebagai pembantu dapur di Hotel Hyatt Regency Kuantan, Pahang.

Beliau kemudian mengikuti program perantisan di Hotel Hilton Kuala Lumpur selama tiga tahun bermula 1983.

“Menerusi program inilah saya mempelajar­i selokbelok dan cabaran di dapur hotel serta perlu memahirkan diri melalui latihan teori dan praktikal membabitka­n penyediaan makanan pelbagai kategori, antaranya fine dining, masakan Melayu, Cina, pastri serta coffee house,” kongsinya.

Menurut Salim, beliau kemudian dapat bekerja sebagai cef peribadi Almarhum Putera Turki dari 1987 hingga 1989 di Jeddah, Arab Saudi.

“Saya memohon menerusi Kedutaan Arab Saudi di sini dan berjaya. Tempoh tiga tahun itu memberikan saya pengalaman yang sangat bernilai serta mematangka­n kerjaya saya.

“Ketika di sana, antara tugas utama saya ialah menyediaka­n makanan untuk ahli kerabat diraja serta memasak bagi setiap majlis untuk tetamu kehormat yang dijemput oleh pihak istana,”

katanya.

Pulang ke Malaysia, anak jati Kedah ini bekerja di beberapa buah hotel terkemuka, antaranya Batu Boutique Resort di Johor, The Datai

Langkawi, Kedah dan hotel terakhir beliau berkhidmat ialah Hotel Mulu Marriott Resort & Spa di Sarawak sebagai Cef Eksekutif.

Bagi meningkatk­an kemahiran, Salim mengikuti pelbagai kursus di beberapa hotel terkemuka di luar negara.

Dari situ juga beliau belajar aspek pengurusan restoran hotel luar negara, yang menurutnya sangat berbeza dengan pengurusan hotel di Malaysia.

“Di luar negara, bahan mentah termasuk buahbuahan dan herba (untuk masakan Barat) mudah diperolehi kerana cuaca lebih

sejuk berbanding di negara ini yang kebanyakan­nya perlu dimport, sekali gus menjadi cabaran kepada pengusaha hotel tempatan,” ujarnya.

Sepanjang kariernya dalam perhotelan, beliau pernah memenangi beberapa anugerah kulinari, antaranya pingat perak bagi kategori Plated Appetizer anjuran Foodex/ Hotelex Malaysia, pingat gangsa bagi dua kategori Butter Sculpture dan Buffet Platter anjuran Salon Gastronomi­que Malaysia, serta pingat gangsa bagi kategori 5 Course Set Dinner dan Western Cuisine yang dianjurkan oleh Food and Hotel Asia Singapore.

“Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil sokongan isteri, Sahlawati Norman dan anak-anak. Bagaimanap­un daripada empat orang anak, hanya anak kedua sahaja yang mengikuti jejak saya,” katanya yang merupakan ahli kehormat beberapa persatuan kulinari, antaranya Confrerie De La Chaine De Rotisseurs Baillage De Malaisie dan Profession­al Culinaire Associatio­n Malaysia.

Beroperasi Selasa hingga Ahad, bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari, Cafe Salim menawarkan pelbagai hidangan sarapan ala Barat berharga serendah RM9, antaranya Chunky Mushroom Soup, Grilled Chicken Chop dan Seafood Chowder (masingmasi­ng RM19), selain turut menghidang­kan menu tempatan seperti nasi lemak rendang kerang (RM9), laksa Sarawak dan mi kolok goreng (masingmasi­ng RM12) serta kuetiau goreng (RM8).

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? MENYELERAK­AN: Menawarkan kelainan, kafe yang dioperasik­an oleh bekas jurumasak peribadi kerabat diraja Arab Saudi Almarhum Putera Turki bin Abdul Aziz itu menghidang­kan menu ala Barat selain makanan tempatan termasuk dari Sabah dan Sarawak.
— Gambar Bernama MENYELERAK­AN: Menawarkan kelainan, kafe yang dioperasik­an oleh bekas jurumasak peribadi kerabat diraja Arab Saudi Almarhum Putera Turki bin Abdul Aziz itu menghidang­kan menu ala Barat selain makanan tempatan termasuk dari Sabah dan Sarawak.
 ?? — Gambar Bernama ?? MAMPU MILIK: Set hidangan seperti Classic Breakfast yang merangkumi telur, kentang panggang, sosej bakar, tomato panggang, salad, daging lembu, kacang panggang dan roti bakar, pelanggan hanya perlu membayar RM18.
— Gambar Bernama MAMPU MILIK: Set hidangan seperti Classic Breakfast yang merangkumi telur, kentang panggang, sosej bakar, tomato panggang, salad, daging lembu, kacang panggang dan roti bakar, pelanggan hanya perlu membayar RM18.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENJADI PILIHAN: Hampir setiap pagi, terutama pada hujung minggu, deretan motosikal termasuk yang berkuasa tinggi memenuhi ruang letak kenderaan di depan sebuah kafe ala warung.
— Gambar Bernama MENJADI PILIHAN: Hampir setiap pagi, terutama pada hujung minggu, deretan motosikal termasuk yang berkuasa tinggi memenuhi ruang letak kenderaan di depan sebuah kafe ala warung.
 ?? — Gambar Bernama ?? HIDANGAN TERBAIK: Cef Salim ketika menyediaka­n sarapan pagi mewah ala hotel bertaraf lima bintang.
— Gambar Bernama HIDANGAN TERBAIK: Cef Salim ketika menyediaka­n sarapan pagi mewah ala hotel bertaraf lima bintang.
 ?? — Gambar Bernama ?? PUAS HATI: Amiruddin Ishak berkongsi pengalaman ketika mengunjung­i Cafe Salim.
— Gambar Bernama PUAS HATI: Amiruddin Ishak berkongsi pengalaman ketika mengunjung­i Cafe Salim.
 ?? — Gambar Bernama ?? KELAINAN: Cef Salim ketika ditemu Bernama di Meru, Klang, baru-baru ini.
— Gambar Bernama KELAINAN: Cef Salim ketika ditemu Bernama di Meru, Klang, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBER KEKUATAN: Cef Salim bersama isterinya Sahlawati Norman (kiri).
— Gambar Bernama SUMBER KEKUATAN: Cef Salim bersama isterinya Sahlawati Norman (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Cef Salim beramah mesra bersama pengunjung.
— Gambar Bernama MESRA: Cef Salim beramah mesra bersama pengunjung.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGEMAR KOPI: Cafe Salim menyediaka­n stesen kopi.
— Gambar Bernama PENGEMAR KOPI: Cafe Salim menyediaka­n stesen kopi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia